Ahad, 23 Mac 2008

sungai dosa

saya tak tahu pula yang rupa-rupanya saya dikelilingi ahli keluarga yang berdarah seni
ini merupakan puisi nukilan sepupu saya yang mungkin sedikit terabai perhatiannya.Apapun maafkan diri atas kekhilafan yang lalu.

sungai yang terus meluncurkan diri,
bersama hanyut kelodak hanyir airnya,
menghilang nafas-nafas deras,
menyebar hancing aroma ke serata atma.

tampak jernih menyinar,
perangkap sang lemah terus lemas,
tenggelam terkapai-kapai,
dibasahi cecair hitam pekat,
ditumpahi tompok-tompok nanah dan kudis,
akibat tersilap bicara,
dosa disangka tangga ke syurga.

sesetengah hilang dari pandangan,
alis mata terbit kesal,
masih adakah mata air,
hakiki suci abadi,
yang membawa ke destinasi
syurga impian firdausi. naurah izdihar/shafiqah athirah

0 comments: