Powered By Blogger

Rabu, 28 Januari 2009

“She’s beautiful because you love her”

“She’s beautiful because you love her” Latar:bangun dari tidur terus sahaja menaip.

+apa benar kamu cinta sama dia?
-ngapain tanya segala,emangnya tampangku ini tidak bisa mendapatkan cinta?
+waduh bukan begitu sih...
-terus gimana?
+emang kamu gantang bangat cumanya...
-apanya?
+banyak lagi cewek yang lebih anggun kayak cantik lagi
-aku nggak peduli, emang cintaku pada dia!
+coba jongolkan kepala lo itu ke paras global, di Surakarta ini gadisnya cantik-cantik. Itu benar tapi yang diluar sana cantiknya bahkan mungkin tiga kali lipat dari cewek Surakarta!
-Tapi dia aja yang ku mahu! +lho kamu ini, cewek di luar nanti kamu bilang aja yang bagaimana, cantik kek, ramping kek, mulus kek, semuanya kek...
-dari jam tadi juga lo bicarakan soal cantik, hakikatnya kalo gue mahu yang cantik-cantik aja bakalannya gue nggak akan pernah puas
+kenapa?
-tentu aja deh, nanti asal aja gue ketemu cewek yang lagi cantik dari Alin pantas aja gue sambarin
-terus?
+makanya, soal cantik bukan ukurnya. Karena dalam dunia ini mungkin sahaja saban hari gue ketemu gadis yang cantik-cantik. Lalu gimana nanti harus gue pilih andainya Alin nanti, ada yang lebih cantik darinya. Benarkan?
-mengerti, ngapain saja lo biarkan Alin pulang?
+Ah, gue pun belum menikah sama Alin juga. Biarin aja...
-Kamu ini.... Baru sahaja selesai menonton tv. Entah rancangan apa tapi seingat saya Pesta Hong Bao 2009 tajuknya. Biasa sahaja isinya, seperti rancangan sempena tahun baru cina yang lain-lain.

Tapi ada satu yang benar membuatkan saya terpaku di hadapan skrin. Begini, dalam rancangan itu ada satu slot untuk persembahan opera cina (saya kira) yang disuntik dengan unsur moden (kerana penggunaan dialognya) yang bagi saya cukup sinis dan membuatkan saya tertanya apa motif orang yang membuat skrip itu. Ceritanya mengenai seorang pemuda bernama Fei Her dan ibunya. Apa yang menarik, walaupun kostumnya seperti opera tradisional tetapi jalan ceritanya berkisar isu semasa. Ceritanya dimulakan dengan Fei Her di tengah pentas duduk diatas bangku bulat lazimnya kita lihat dalam cerita cina. Mulalah Fei Her menyanyi lagu yang entah apalah seni katanya langsung saya tidak faham walau sepatah pun.
Usai menyanyi ibunya keluar ke pentas. Fei Her pun meluahkan isi hatinya, katanya rakyat kini semakin tertindas dan dia harus berkhidmat untuk negara (saya mulanya menyangkakan PLKN). Fei Her kemudian memutuskan untuk ke Kuala Terengganu (fahamlah saya untuk bertanding pilihanraya).

Kemudian ibu Fei Her berpesan kepadanya, jangan salah masuk parti. Fei Her pun menari-nari (kerana saya kira ini opera komedi sinikal). Ibu Fei Her pula ada mengirimkan beberapa barang untuknya sebagai bekalan.

Kamera digital, kata ibunya jangan ditangkap gambar orang yang lurus bendul seperti ibunya (?). Ada juga kad kredit, supaya senang berbelanja tanpa membawa wang tunai. Ada lagi laptop, ini yang paling menarik, ibunya berpesan nanti kalau ada yang Fei Her rasa tidak puas hati bolehlah tuliskan di blog.

Tibalah masanya untuk Fei Her berangkat menaiki pesawat. Ibunya masih sempat menghulurkan beberapa helai wang kertas. Katanya duit kopi, tetapi apabila Fei Her menyebut dengan lantang ibunya pantas memarahi. (rasuah)

Setelah 10 tahun Fei Her pun kembali ke kampung halaman. Fei Her bercerita tentang pengalamannya di parlimen (jadi Fei Her menang di K. Terengganu?). Bagaimana dia bertekak dengan seorang menteri yang menuduh Fei Her menumpang di negara ini.

Tapi kemudiannya Fei Her berdamai dengan menteri itu, mereka berjabat tangan. Tangan menteri itu bagaimanapun patah berjabat dengan Fei Her. Lantaran itu, Fei Her dipecat. Ibunya menyebut juga tentang ISA.

+ISA?
-Ikut Suka Aku (sambil tergelak-gelak ibunya)

Mungkinkah ini sebenarnya suara hati masyarakat cina di Malaysia. Mungkinkah...

Soalnya bagaimana pula interpretasi masyarakat bukan cina yang menonton rancangan itu. Pada saya tiada masalah kerana saya lebih gemar untuk mengambil unsur sinis itu dalam konteks yang lebih luas. Mungkin sahaja mesej opera itu ditujukan kepada seluruh pemain politik Malaysia, bukan hanya kepada parti-parti tertentu.

Jadi kerana saya mencintai negara saya MALAYsia. Saya tidak melihat orang cina sebagai ancaman untuk kita terus bersikap prejudis. Kebetulan malam sebelumnya saya menonton rancangan Di Luar Lingkungan (DLL) bersama Sayed Munawwar. Topiknya menarik, apakah kemajuan orang cina dalam perniagaan disebabkan genetik atau kerana sikap.

Menurut seorang ahli panel (seorang Prof. berbangsa cina) kita sering mengambil contoh Singapura yang diterajui orang cina. Tapi tidak ramai yang mengetahui Singapura mengalami krisis ekonomi hingga memerlukan suntikan kewangan lima puluh bilion daripada U.S.

Jadi menurut ketiga-tiga ahli panel malam itu, (dua cina seorang Sikh, ahli akedemik semuanya) yang menjadi masalah adalah kepimpinan orang Melayu.

DLL itu nampaknya bergerak dalam nada yang harmoni ucapnya. Tiada sentimen perkauman walaupun yang dibincangkan menyentuh isu kelemahan orang Melayu zaman SEKARANG, mungkin kerana cintanya Sayed Munawwar dan ahli panel kepada negara MALAYsia.

Sebagaimana cinta sesetengah manusia kepada durian, baunya walaupun cukup meloyakan saya. Masih bagi mereka wangi katanya.

Jadi sihir cinta ini seperti sihir puisi Sapardi. Kita cenderung untuk memandang elok perkara yang walaupun buruk lakunya setelah kita cinta akan suatu perkara.

Kata seorang teman, kentut kekasihnya semerbak wangi. Begitu juga dengan hubungkait antara pencinta dan dicintai. Maka sememangnya sesuatu itu indah kerana cintanya kita

kepadanya(-Nya).

Malam untuk kekasih:
(puisi untuk yang bernama kekasih)

Untuk kekasihku
Ku sobekkan resah dari malammu
Bersama itu ku hadiahkan selembar benang
Luka langit berlubang bintang
Tampalkan ia
Dengan cebisan sepi yang akan ku kirimkan kemudian
Sampaikan juga pesan pada bulan
Siang dan matahari telah ku carik-carik
Di buang ke depa waktu

(Muhammad Faisal Kalantani, Teratak Ayahbonda)
P/s-Aduh, pak polisi sumpah saya bukan teroris. Abu Bakar Basyir itu cumanya saudara saya. Ruwet benar jadi manusia, asal berpakaian pelik dipandangnya jelik. Kalo lagi telanjang mau aja dihantar ke rumah sakit. Goblok kalian...Jadi kecoa lagi enak barangkali.

Kata Rendra, ayuh pelacur Jakarta bersatu. Sungguh kitalah nadi ekonomi kapitalis yang menggigit marhaenis.

politik udahnya makin mengelirukan mata.

Tuhan, nanti akan syaya kirimkan sepucuk surat bicara pada Anda.

3 comments:

fawz@n berkata...

agaknya gambar mana yg boleh menang anugerah paling ayu?
(calon termasuk yg pakai cekak rambut tu..wei,aku x gay ok..heheh..)

Tanpa Nama berkata...

waaaaargh~
post ini terlalu mengganggu fikiran akak..
kerana....
1. terlalu berfalsafah
2. sebab ada gambar sendirii hehe

Tanpa Nama berkata...

blog ini juga bagus~