Balai raya kampung batu lada sekarang sudah jadi tempat anak-anak kampung berlatih tinju dan kadang-kadang dikir barat. Tetapi yang menjadi masalah bukan kerana balai raya itu hak milik parti Umno yang letaknya bersetentang dengan surau pas yang kami pergi tarawih. Masalahnya anak-anak kampung yang asyik berdikir depan rumah ustaz timbul pula rasa tidak sedap andai nanti ada aduan bising. Jadi mahu dibiarkan mereka merempit macam biasa kah? Aduh ini masalah rukun tetangga, dahulu mereka melalak depan warung pok din, mungkin sebab tak tahan pun dihalau. Gejala sihat kah tidak? Susah apabila berdepan dengan mata yang menilai...pemerhati sosial akhirnya sekadar jadi teropong..warga cermin mata yang tak mampu buat apa-apa
Puisi dan Peribadi
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan