Saya dan hari-hari yang berlalu, hari-hari ini seperti juga hari-hari sebelumnya. Esok, lusa, tulat, ataupun apa sahaja namanya bahkan akan turut sama. Seperti saya dan hari-hari yang berlalu. Seorang teman bertanya, kepada seorang lagi teman saya, yang kian tenggelam dalam kegilaan jiwa, “apa pendapatmu?”
“tentang apa kiranya”
“tentang kita”
“maksudmu?”
Saya memerhati sahaja gelagat teman-teman saya. Saya meladeni jiwa lagi. Kadang-kadang saya turun ke tebing sungai. Bermain dengan angin yang berpuput mengelus lembut rambut saya. Belalang pun berlagu rimba dengan cengkerik, walau saya kurang mengerti apa yang mahu disampaikan dari lagu itu,
“tok soh lah wey, aku tok pehe baghe gapo mung nok ghoyak,”
Air sungai Kelantan mengalir tenang, mahu sahaja saya menegurnya, ah biarkan dahulu. Mungkin sahaja dia sibuk menunda segala macam sampah sarap masyarakat hulu, juga kayu kayan yang besarnya sepemeluk. Atau mungkin juga saya boleh bertanya kepada ikan-ikan di dasarnya. Apa khabar kalian kiranya, masihkah seperti dahulu juga. Riang meragut rumput tebing bila sahaja saya memanggil. Tidak perlu ditambat seperti lembu, kerana si udang pasti mencemburui kalian. Saya mahu ketawa mengenangkan hari-hari itu,yang berlalu tanpa meninggalkan sepalit pun warna kusam pada kanvas langit biru yang ceria melatari lanskap.
Saya berpaling kepada teman-teman seketika. Masih juga mereka dengan bicara tadi. Neurosis apa yang kalian timbulkan. Ada-ada sahaja teman-teman saya.
Sekarang saya mahu bercerita pada kalian pula,walaupun apa yang ingin saya utarakan bukanlah sebuah cerita sebenarnya. Seperti juga apabila seorang teman saya menghadapi masalah, saya dan teman-teman yang lain akan berkata,
“cuba cerita apa halnya?” begitulah juga sifirnya, walaupun masalah teman saya itu bukanlah sebuah cerita, but when it comes to people like us, we tend to see the problem(s) as a story, no matter why. Just like when Janet de Neefe wrote her cookbook, althought it is not a cookbook, particularly. It is more to render her experience getting her cooking school in Bali. This notion of seeing things as ‘cerita’is very much interesting.
It seems that when we visualize things around us as ‘cerita’ of it’s own, all the things seems to loom meaningful than it was before. Still can’t get it? Just give a chance for yourself to cogitate the life facts, that we are living in a planet of living things. You will apprehend sooner or later what I mean. Just like what ahmad deedat said, words are the tools wherewith we convey our messages, thought or concept.
As I am living in hamlet by the bank of Kelantan’s river. It does influenced on how I think about life. Appreciating nature, because this mother of life has very much that we can emulate. Pave the way for inner you.
Ramai yang bertanya kepada saya, siapa teman-teman. Maka jawapan saya mereka itulah teman-teman. Bagaimana mereka, itulah wujudnya mereka.
Sedang saya memandang jauh ke tengah sungai Kelantan. Seorang teman saya membawa berita dari wilayah sunyi, dalam negeri sepi. Seekor teman telah meninggalkan alam fana. Ya, fana. Sesuatu yang tidak kekal. Jadi sepertinya kata teman itu, haruskah kita bertepuk gembira? Kerana teman yang telah meninggalkan dunia yang FANA ini telah sahaja berjaya lari dari selaut godaannya.
Kata saya, jangan kiranya. Atau kamu saya campak ke tengah sungai kelantan. Ketika itu mintalah bantuan kepada wakil rakyat dari PAS, UMNO, DAP, PKR atau apa sahaja yang selama ini kalian canangkan. Biar tenggelam lemas sekali bersama segala sampah yang ditunda. Sampah kalian juga bukan?
Teman saya senyap dan sunyi. Seolahnya mulut terkunci, lidah terikat, suara di tahan.
Teman yang meninggal itu seekor lalat. Benar, dan saya tiada pernah bergurau pada hal yang memerlukan kita pada kewarasan tinggi. Seperti selalu, saya mahu mengajak yang membaca untuk berfikir semula.
Lalat itu juga makhluk tuhan benar? Mana mungkin lalat itu tercipta secara tidak sengaja selepas peristiwa big bang. Seperti kata Harun Yahya, andai sebuah kipas dibuat daripada besi, plastik dan beberapa warna lain.
Try this, gather all the materials in a bucket, and wait for three days. Walla! Now you will have brand new fan out of the materials, scrap metal, piece of plastic and etc. 
Nonsense! But that is what all the Darwinians claimed to be. It’s all the process of evolution of life, evolution my FOOT! Bring this example up to them. See what are they going to say.
Andai kata seekor lalat di takdirkan tuhan (in this context ALLAH s.w.t of course). Pernahkah anda terfikir apa yang mungkin sekali akan diluahkan oleh lalat ini.
Melalui pengalaman saya hidup dalam kalangan teman-teman yang kadangnya ada yang beranggapan dirinya lalat, serta beberapa siri pertemuan dengan lalat di tebing sungai kelantan. Saya telah merumus beberapa perkara.
Lalat mungkin sekali menjadi seorang motivator yang paling berjaya saya kira. Bayangkan lalat akan memberi nasihat kepada setiap orang yang berputus asa. Bahawa hidup ini akan terlebih indah andai kita berfikir seperti seekor lalat.
Seperti nyamuk yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan penyakit malaria, denggi, atau virus nipah atau juga penyakit kaki gajah. Sebenarnya nyamuk tidak pernah meminta untuk menjadi agen penyebar penyakit. Lebih kerana tuhan telah menciptakannya dalam keadaan yang sedemikian rupa. Apalah daya seekor lalat juga untuk menafikan yang tuhan telah menciptakannya untuk mendiami sampah.
Seperti juga kita sering menyelar pendatang asing, sedangkan dalam masa yang sama kita merungut andai ekonomi negara merosot kerana kekurangan tenaga buruh.
Lalat tiadalah pernah merungut kerana tuhan menciptakannya sedemikian rupa. Bertanyalah pada setiap lalat yang anda jumpa kalau tidak percaya.
Bahkan lalat itu telah menjadi serangga yang paling reda dengan ketentuannya. Lalat juga tidak pernah mengendahkan segala macam cemuhan masyarakat terhadap dirinya. Apabila kita mengasosiasikan lalat itu dengan busuk. Pernahkah kita melihat lalat itu membawa rajuk bersama dirinya ke daerah sunyi?
Lalat juga tidak pernah kisah walaupun dia tidak mengenal siapa ibu dan bapanya, atau menangisi nasibnya yang yatim piatu.
Lalat juga serangga yang paling amanah saya kira. Apabila tuhan memberi tanggungjawab kepada lalat untuk menyerikan suasana sampah. Maka itulah yang dilakukannya saban hari.
Lihat pula manusia, SHAME ON YOU! Apabila tuhan menciptakan kita sebagai hambanya, berapa ramai pula yang sedar akan tugas ‘perHAMBAan’ itu. Bahkan lebih ramai pula yang lupa.
Lalat tidak mengenal erti rasuah, dengki, atau tipu menipu dalam perniagaan. Lalat hidup dalam dunianya yang tersendiri. Bebas dari segala kemelut diri. 
Kagum saya pada teman lalat saya tidaklah pada setakat itu sahaja. Bahkan tuhan pernah mencabar kafirs (plural form??? Just like what sheikh yusuf estes said) untuk mencipta seekor lalat.
Tetapi hari ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seekor teman saya itu. Menangislah atas pemergian seekor lalat.
Berfikirlah dengan akal pada setiap kejadian kehidupan. Seperti kata saya, setiap dari kejadian itu punya cerita mereka. Lihatlah lalat bukan sekadar seekor lalat.
Indah bukan hidup ini? (andai kata ada laporan manusia mahu menjadi lalat, jangan cari saya ya...err)
Rabu, 3 Disember 2008
Perginya seekor teman…
roaring rant: AbEsA pada Rabu, Disember 03, 2008 1 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Jumaat, 28 November 2008
Hidup bukan sebuah cerita
Ada sebuah novel, tajuknya ayat-ayat kasih. Ada lagi saya lihat, zikir-zikir cinta dan banyak lagi yang membuatkan saya bertanya pada jiwa,
“wah penangan kang Abik, apa penulis Malaysia sudah ketandusan idea?”
Semenjak ledakan novel ayat-ayat cinta (yang penulisnya, Kang Abik singgah di rumah akhi Mizan, (http://ikhsaninsan.blogspot.com/) dan Halimi,(http://generasighurabaq.blogspot.com/) itulah!) arusnya kelihatan begitu ketara mempengaruhi penulis Malaysia.
Novel cinta?
Sheikh yusuf estes sewaktu ditanya pendapatnya isu Palestin beliau tidak menjawab, katanya dia hanya merupakan seorang daripada berbilion manusia di atas muka bumi. Maka pendapatnya hanya mewakili satu per berbilion manusia. Jadi katanya tiada guna dia menjawab. Setiap orang pasti berbeza fikirnya.
Seperti kata Datuk Seri Chua Soi Lek, “conflict in a political party is a must, its very common if some group disagree with another, if a party does not have conflict, then you have got problem with that party, because if everyone just agree with one thing then it means that everbody is a yes-man.”(lebih kurang begitulah)
Saya suka menonton filem atau membaca novel. Dari situ saya dapat menilai masyarakat dan kehidupan. Namun seperti kata seorang teman. Hidup ini bukanlah sebuah cerita. Lama saya memikir, ada logiknya. Anda tentu pernah sahaja membaca novel ayat-ayat cinta. Atau hadirkanlah novel apa pun yang anda pernah hadam. Bahagian apakah yang paling pembaca benci, tentu sahaja bab terakhir dalam novel.
Sejak kita mula membaca, minda kita seolah tenggelam dalam setiap muka surat, turut sama berada dalam cerita bersama wataknya. Apatah lagi andai cerita menggunakan penceritaan sudut orang pertama. Barang tentu kita membayangkan yang meniti plot adalah diri kita. Dan sering sahaja apabila sampai ke bab terakhir, kita kan mengeluh. Sampai disini sahajakah?
Hidup ini indah bukan (bukan?). Seorang teman pernah berkata, insan yang menulis sebenarnya adalah pelukis, cuma warnanya ialah kata, kanvasnya kertas polos, dan subjeknya ialah pandangan hidup. Lukisan yang terhasil pula nanti boleh jadi macam-macam. Surreal, satira, alegori, atau apa sahaja. Dan katanya lagi, insan yang menulis punya lesen besar. Sekalipun dia menghentam raja sebuah negara, namun alasan penulisan kreatif boleh sahaja menjadi penyelamat. Namun itulah juga yang menjadi tanggungan atas pundak. Bagaimana kita mahu gunakan tiket itu.
Berbalik kepada cerita. Hidup ini bukan sebuah cerita. Begitu kata seorang teman saya. Teman yang lain pula, adalah sebuah cerita, kehidupan kita. Bagaimana pula? Teman-teman saya, macam-macam ragamnya.
Pernah baca hikayat Hang Tuah? Bagaimana digambarkan seorang manusia gagah perkasa, punya ilmu penuh di dada, pernah juga bertemu nabi khidir yang mulia, penentu jatuh bangun kota Melaka, kadang saya tertanya, kalau begitu apa fungsi raja Melaka, Hang Tuah hebat tiada terkira, semua kerana tuntutan sastera sebuah cerita.
Kalau ayat-ayat cinta, digambarkan Fahri insan yang hampir sempurna, kata seorang teman saya. Ramai yang mengimpi, ‘akulah Fahri’. Teman-teman saya tidak terkecuali. Betapa indah hidup seperti wataknya. Namun sekali lagi, hidup bukanlah sebuah cerita.
Teman saya ada seorang yang amat benci kepada novel. Katanya membaca novel memberi harapan palsu.
Kerana dia terlalu menghayati barangkali. Dia mengharap ada wanita seperti watak Aisha atau Maria. Namun dia sedar hidup bukanlah sebuah cerita. Dan pada bab terakhir dia kecewa. Teman saya mengeluh, “kalau hidup aku macam novel ayat-ayat cinta…”
Dalam kita sedar ataupun tidak. Watak-watak dalam setiap cerita, hanyalah lakaran imaginative penulis. Kadang saya ketawa, bagaimana seorang lelaki seperti kang Abik dapat ‘menjadi’ Aisha dan Maria. Atau A. Samad Said (SN) ‘menjadi’ Salina. Bagaimana seorang penulis dapat menjadi sesiapa sahaja dalam dunianya. Dan sekaligus membuat kita percaya bahawa watak itu benar-benar ada.
Masih juga, novel yang saya kira terbaik pernah saya baca, Cinta Hari-hari Rusuhan:Faisal Tehrani. Novel ayat-ayat cinta saya kira belum mampu menandingi novel ini. Bagaimana saya tenggelam dalam cerita gerakan underground pelajar untuk menjatuhkan pimpinan kerajaan. Apabila Faisal Tehrani menulis bagaimana seluruh mahasiswa di Malaysia bergabung tenaga dalam rapat umum di masjid negara. Saya turut sama naik semangat untuk berdemonstrasi.
Novel cinta hari-hari rusuhan, walaupun tajuknya sedemikian namun cerita cinta seorang anak kampung, Basri yang juga pemimpin pelajar di UM dengan teman sekampus Tengku Valizah, kerabat diraja, hanyalah sebagai sampingan kerana fokusnya ialah kritikan yang sangat pedas terhadap kerajaan Malaysia. Novel CHHR begitu berhantu saya kira, Faisal Tehrani berjaya mengajak semula kita berfikir tentang hubungan dengan yahudi apabila Basri lari ke London kerana dikehendaki kerajaan Malaysia.
Kadang-kadang membaca novel itu membuatkan saya terfikir betapa kuasa pelajar mampu menjatuhkan sebuah kerajaan. Ingat kerajaan Thailand pernah dijatuhkan gerakan pelajar pada 1973 (http://www.onwar.com/aced/data/tango/thailand1973.htm)
Namun sekali lagi hidup bukanlah sebuah cerita. Saya dirundung kecewa apabila sampai ke bab terakhir. Dan saya sekali lagi terfikir, cerita itu hanyalah lakaran imaginasi FT. Watak-watak itu tidak pernah wujud barangkali. Kata seorang teman, dia kagum dengan penulis. Bagaimana jiwa seorang manusia, boleh lahir darinya seorang aktivis, atau seorang raja yang berkuasa, atau teruna gagah perkasa, mahupun cantik jelita, juga insan durjana. Dan itu semua bila difikir kembali, hanyalah lakaran minda SEORANG manusia.
Kerana itulah kata seorang teman, hidup ini bukanlah sebuah cerita, kerana cerita itu ditentukan plotnya oleh seorang tukang cerita. Hidup kita pula bergerak atas landasan ketentuan Allah. Maka sebab itu katanya membaca novel memberi harapan palsu. Kita tidak akan pernah mengecapi keindahan seperti sebuah novel.
Tetapi katanya, hidup kita bahkan akan lebih cemerlang lagi warnanya. Kerana plot ditentukan Maha Pencipta. Pesannya kepada saya, senyumlah dalam hidupmu.
Kadang saya juga berpendapat novel itu hanyalah mempermainkan minda untuk mempercayai sesuatu yang tidak pernah wujud. Dan saya suka untuk berkongsi dengan apa yang Shahnon Ahmad (SN) pernah utarakan. Sebelum itu.
Kata seorang teman saya yang lain hidup ini adalah sebuah cerita. Dan saya juga setuju.
Cerita-cerita kaum terdahulu yang dimusnahkan dalam al quran. Bukankah ia sejarah yang benar. Maka diperturunkan kepada anak-anak sebagai CERITA teladan. Bagaimana kisah sebuah bangsa kini telah menjadi cerita. Dan kerana anggapan kita cerita bukanlah sebuah kehidupan. Maka sebenarnya jarang pula yang mengambil TELADAN.
Shahnon Ahmad menulis, betapa melalui al quran Allah yang Maha Tinggi telah ‘memberi’ garis panduan dalam memerikan watak dan plot. Dan saya kira itulah jawapan kepada persoalan seorang teman berkenaan 'memberi harapan palsu pada hidup’.
Perhatikan kisah nabi Yusuf <12:3-102>. Jika kita memerhatikan ayat 50 dan 51. Betapa Allah s.w.t. mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana isteri al-Aziz (ramai yang mencanangkan wanita itu Zulaikha namanya namun saya belum pernah menemukan sumber yang sah bahkan al-quran tidak menyatakan namanya) dalam cara yang paling berakhlak, juga bagaimana kekacakan nabi Yusuf tidaklah diberi gambaran melampau, perhatikan,
“…mereka berkata, “Maha Sempurna Allah, kami tidak mengetahui sesuatu keburukan darinya,…” <3:51>
Itulah yang terlebih elok, maka orang yang membaca tidak akan membayangkan yang bukan-bukan bagaimana isteri al-aziz ketika menggoda nabi Yusuf hingga merangsang syahwat.
Juga bagaimana Allah yang Maha Penyantun (al Halim) menceritakan kisah kaum nabi Luth. Surah ke 11:69-83. Tidaklah tuhan yang Mulia, Allah s.w.t. memerikan perbuatan kaum nabi Luth hingga kepada menaikkan nafsu orang yang tidak sihat. Betapa Al-Quran merupakan mukjizat teragung dari Allah s.w.t.
Berbalik kepada persoalan awal. Hidup ini sebuah cerita ataupun tidak terpulanglah bagaimana kita mentafsir alam jiwa.
roaring rant: AbEsA pada Jumaat, November 28, 2008 2 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Isnin, 17 November 2008
Berikan saya sebatang pena
Sejak dari tadi saya melangut sahaja. Perasaan jiwa ini kosong. Benar, dan kekosongan itu begitu menguasai, sehinggakan saya mati andar segala upaya untuk mentafsir alam. Pelik bukan? Dahulu pernah ada seorang teman. Jiwanya juga lompang bahkan dia lebih teruk seperti hilang arah, penasaran pada kekosongannya, dan apabila membicarakan soal kekosongan jiwa. Ramai teman yang berkata,
“Baliklah kepada tuhan,”
“Carilah tuhanmu,”
dan semuanya mengarah pada pencarian. Hidup ini menyeksakan? Saya belek-belek kitab Teaching of Buddha yang berwarna hitam di rumah satu hari, dan dalam book of Dharma, Shakyamuni mengatakan memang hidup ini penuh dengan penyeksaan. Begitulah ‘teaching’nya.
Kemudian saya berfikir. Semuanya mudah di mulut, hakikatnya berapa ramai yang berjaya menemui tuhannya? Tidak kira apa agama sekalipun. Bahkan bagaimana mahu balik kepada tuhan sebenarnya? Bukan pula saya mempersoalkan tapi kata seorang teman, pancarian itu hanyalah khayalan kita sahaja. Permainan minda. 
Katanya lagi bagaimana mungkin mahu mencari tuhan?
“Kerana tuhan itu tidak pernah bersembunyi!”
Apatah lagi tuhan tidak pernah hilang untuk dicari. Walhal Paul, salah seorang diciples of Jesus (read:self appointed) insan yang kononnya mendapat revealation dari Jesus supaya menyebarkan ajarannya. Yahudi itu pun menukar nama dari Saul kepada Paul dan menjalankan misinya, lalu lahirlah book of Galatians, book of philipians dan sebagainya dalam New Testament itu. Nah! Bahkan insan celaka itupun mendakwa Jesus yang mencarinya, mengapa pula kita yang sibuk mencari tuhan yang tidak pernah hilang ataupun bersembunyi itu? Kata seorang teman, kita yang sebenarnya bersembunyi, jadi munculkanlah diri. Ah, teman-teman saya. Ada-ada sahaja cerita mereka. 
Saya meladeni jiwa lagi. Selepas beberapa ketika menulis. Kelompangan itu semakin terisi sepertinya. Adakah saya mencari tuhan? Tidak! Kerana tuhan tidak pernah hilang untuk dicari. Jadi saya memunculkan diri, dan tuhan mengisi kelompangan hati! Aneh bukan? Bagaimana sebenarnya kita sering salah mentafsir pada hal yang berkait dengan diri sendiri.
Seperti juga kata seorang teman, apabila saya bertanya suatu hari,
“Kenapa mahu ke daerah sunyi?”
“Mahu mencari jiwa yang hilang…”
Jawabnya mahu buat pencarian jiwa yang telah hilang sekian lama. Lalu saya ambil masa untuk mentafsir alamnya. Jiwa?
“Menate gapo tuh?”
Orang yang hilang jiwanya, samakah dengan orang yang bersembunyi dari tuhannya? Jiwa itu hatikah? Dan saya mentafsirsedalam-dalamnya, seperti Hamka mentafsir untuk Al-Azharnya, Syed Quthb untuk Fi Zilalil Qurannyadan Ibn Kathir, Mujahid serta lainnya. Kerana kerja-kerja mentafsir itu bukan barang yang boleh dibuat main. (Jadi jangan mudah mentafsir orang, pemimpin atau masyarakat).
Saya berkelana dalam jiwa saya. Umpama seorang insan tua yang mencari rahsia tuhannya, dan saya temui.
“JIWA ITU BUKAN HATI!”
Ya! Seperti kita tahu yang Mind is not the brain, but part of the brain. Apabila manusia memebicarakan ‘hati’. Kita umum mengetahui yang dimaksudkan itu ialah ‘fikiran’. Bukan hati yang menghasilkan hempedu untuk memecahkan molekul lemak dalam proses pencernaan! Jadi jiwa itu bukan hati, hati itupun bukan fikiran, jiwa itu bukan fikiran, namun ketiganya itu adalah roh. 
Seperti trinity, tiga oknum dalam jasad yang satu. Tapi jangan bimbang, ini trinity yang di’islam’kan. Siapa kata? Saya kata!
Jadi siapa yang hilang jiwa, tidak usah dibuat pencarian di daerah sunyi. Kerana ia pasti melibatkan kos yang tinggi, perbelanjaan makan sehari-hari, tempat tidur dan urus diri, eh! Jangan dicari. Kalau hilang jiwa masih ada hati, kalau hilang hati masih ada fikiran. Kalau hilang fikiran masih ada keduanya berbaki. Tapi jangan dihilangkan roh! Nanti kita mati.
Jiwa saya makin terisi, cahaya menerangi, bukan lagi kegelapan, itu pasti! Bagaimana dengan anda yang membaca? Pernahkah bertanya pada diri? Pakah yang dicari dalam hidup sebenarnya? Jangan jawab tuhan kerana Dia tidak bersembunyi, juga jangan jawab ketenangan hati atau murah rezeki. Seolahnya Dia tidak pernah memberi. Mahu jawab apa? Fikirkanlah. Hidup ini terlalu mudah. Bangun setiap pagi dengan rutin yang sama seperti semalam. Itu hanya pandangan kita. Cuba persoalkan jiwa atau apa sahaja yang berlaku di atas dunia.
Bertanyalah pada teman-teman. Pasti hidup ini bukan seperti yang kita sangka. Banyak yang belum diteroka. Semuanya menunggu saat untuk kita bertanya. Dan apabila anda sudah mendapat jawapan hidup, pintalah kepada sesiapa, berikan saya sebatang pena.
Al-Qalam:1<….demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan…>
roaring rant: AbEsA pada Isnin, November 17, 2008 0 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Rabu, 25 Jun 2008
Sal Abesa, “Saya tanda cinta!” (Dari kerana mata)

Saya sedang dalam kebosanan. Merenung pada telefon bimbit. Mengharap pada mesej yang akan tiba mengetuk pada peti masuk saya. Namun hampa. Entah mengapa tapi semacam ada satu bahagian pada lubuk rasa saya yang seringkali mendatangkan kegelisahan pada diri. Gundah yang jarang benar dapat diungkap pada kata. Berkurun saya mencari, selalu akhirnya saya akan menyendiri. Saya seboleh-bolehnya mahu lari jauh daripada peradaban manusia. Biarlah saya sendiri yang mengerti pada diri yang saya sendiri sukar fahami.
Cuti bulan Jun tidak banyak berlaku pada saya. Cuma memenuhi undangan ke majlis kenduri-kendara sanak-saudara yang saya sendiri baru kenali. Ke Terengganu di rumah Tok Teh, singgah di rumah Ayah Su, sebelum balik ke Kelantan ke rumah Che Ton di kampung Raja. Rumah Anis (saya cuma ingat pada anak gadis 16 tahun itu (^_^), lupa terus nama ibunya). Merentas jalan tar ke Pasir Puteh pula, melalui pantai Tok Bali, melepasi Bukit Tiu (latar tempat cerita ’Mimbar’), Bukit Muka dan bermacam jenis bukit lagi yang namanya saya kurang hafal. Sampai di rumah Su Nah. Mak Long dan konvoi kami sekeluarga melepas lelah disitu.
Perjalanan dari Terengganu itu benar satu perjalanan yang bagi saya menarik (saya jarang keluar rumah). Bukan kerana bertandang ke rumah adik beradik sebelah ibu, tapi pada segala yang terhadam oleh saya sepanjang perjalanan itu. Ayah, baru saya kenali disebalik jenakanya seorang ahli sejarah tidak bertauliah. Petah lidahnya pada segala sejarah tempat yang kami lepasi. Walaupun saya agak skeptikal namun ternyata ayah punya rencah dalam menyampaikan faktanya supaya tidak tawar.

Sebelumnya saya ke Ketereh. Ahhh. Kampung sebelah ayah yang bagi saya cukup menarik hati saya untuk menarik gebar rahsianya. Kampung golok cukup indah dengan alamnya. Jalan untuk masuk ke rumah datuk cuma muat untuk sebuah kenderaan. Di kiri dan kanan jalan sebelum masuk ke simpang ada sawah yang seluas mata memandang. Saya cukup senang memandang pada sawah itu. Awan gemawan yang menggejuju dengan bentuk yang berbagai di kanvas biru langit. Kerbau yang sayu mengenang nasib. Di sebelahnya ada jentera gergasi kuning. Kampung sebelah ayah memang menarik. Bolehlah dikatakan semua jiran di kampung itu merupakan saudara saya. Tetapi cuma datuk sahaja yang jelas mengenai pangkat mereka. Kami yang terkemudian cuma mengenal mereka sebagai ’waris-warah’ (dialek Kelantan yang membawa makna saudara jauh).

Ahhh!!! Tinggalkan dulu cerita itu. Saya mahu jujur kali ini. Sebetulnya gundah saya pada yang bila diajukan pada seorang teman, kemaruk orang berkasih katanya (???). Usahkan saya, bahkan sepertinya ayam-ayam di bawah rumah, Jo, Maria, Hitam dan lain-lain turut berkokok kehairanan. Saya cuma gelak terbahak-bahak. Umpama melihat babun berterbangan dan lembu meluncur sungai. Pertama kali hati saya tertaut pada insan kaum Hawa tatkala umur mencecah enam tahun.
Namanya biarlah rahsia. Darah saya berderau setiap kali menatap wajahnya. Dua tahun saya menyulam hati dengan impian berkasih. Mungkin sesuatu yang terlebih matang bagi kanak-kanak seusia itu. ( ”rupa muda,minda dewasa,” kata Aiman Manap, terima kasih Akhi). Namun matang pada minda, laku saya tetap kanak-kanak. Saya seringkali mahu mendominasi keadaan. Kadangnya membawa kecelakaan pada akibat mahu menunjuk depan si ’dia’.
Darjah dua saya berpindah dari Gua Musang ke Kuala Krai. Setahun berlalu dengan aman. Darjah empat saya mula mengenali seorang kanak-kanak perempuan yang menambat hati saya. Namun saya tidak pernah berani untuk menegurnya. Cuma sesekali lawak bodoh untuk menarik perhatianya. Hati saya terus terpikat pada dia. Usia 11 tahun, saya mula untuk meminggirkan perasaan itu. Cinta saya mula bertaut pada buku. Teks komsas tingkatan 4 dan 5 saya habiskan ketika darjah lima. Kemudian, saya terjumpa almari buku lama datuk. Cinta saya pada perkataan terus sahaja mekar. Pembacaan mematangkan saya dalam berfikir. Walaupun kadangnya keputusan saya langsung tidak rasional.
Melangkah ke sekolah menengah saya lupa terus pada ’kasih yang tak berbalas’. Umur 14 tahun, tiba-tiba sahaja ramai teman saya menjadi monyet. Saya cukup jelik. Pulang bercuti di kampung, bersama teman di pondok ataupun rumah Naim, saya ataupun Haziq, kadangkala Hanif Zaki pun turut serta. Membuatkan saya keliru. Yang mana haiwan dimana insan. Setiap seekor tekun sahaja pada skrin telefon (no offense!).

Akhir tahun persekolahan tahun itu. Saya cuba menduga cinta pada seorang remaja perempuan. Namun nyata saya tidak betah pada perempuan. Kemudian saya tinggalkan terus dia dan mereka yang pernah menambat hati saya. Namun satu tabiat saya yang sering menimbulkan riak-riak gelisah pada ibu. Saya gemar mengulas apabila memandang seorang gadis.
”Ma, dia tu lawalah!”
”Ma kenal ibunya?”
Keluarga sering mengusik saya. Kata mereka saya gatal. Gelisah ibu mungkin kerana apa yang tersirat pada pesannya. Kalau nampak perempuan, pastikan muka ibu jadi pendinding. Biarpun dalam seloroh nadanya tegas.
Jadi sehingga sekarang saya cuba untuk mengelak dari mengalami metamorfosis menjadi monyet jadian. Kekallah saya dengan kasih tak berbalas. Kata ibu itu lebih baik. Saya menurut sahaja. Tetapi sebetulnya saya takut untuk berkasih kerana saya malu.
Saya sering berfikir betapa malunya nanti saya apabila saya berkasih. Malu saya yang paling besar tentulah pada tuhan. Cuba fikir. Setiap mesej kekasih hati pasti saya balasi. Bahkan dengan kadar yang sesegera mungkin. Setiap panggilan pasti akan saya jawab. Namun saya malu kalau mengenang, selama saya hidup sekarang tanpa kekasih pun saya kadang-kadang hanyut. Tuhan menyampaikan mesej keagunganNya dalam segala ciptaan, namun saya jarang meluangkan masa untuk menelaah. Surat cinta teragung dariNya yang sering saya abaikan. Seratus empat belas bahagian semuanya. Namun hati saya masih kurang ghairah untuk membaca. Sedangkan difikir kembali, setiap bait dalam surat cinta itu merupakan perkataan yang datang terus daripadaNya. Sepatutnya hati saya teruja membaca perkataan daripada tuhan itu!

Saya juga malu. Nanti bilamana saya mengucapkan kata-kata cumbu pada kekasih, dan kami hanyut dalam laut percintaan. Saya lupa akan cinta saya kepada tuhan. Sedangkan setiap saat saya menyedut udara tuhan. Saya bangun dari tidur sihat dengan izinNya. Lahir saya sempurna anggota. Terlalu banyak bukti kasih tuhan pada saya. Saya malu pada tuhan.
Saya juga malu pada saudara saya di palestin. Saudara saya yang sering saya lupa kerana saya tenggelam dalam nikmat aman di Malaysia. Saya malu kalau marah pada kekasih saya yang bermesraan dengan lelaki lain. Namun saya masih meyogok diri dengan jenama musuh saudara saya. Saya dayuskah kalau begitu? Malu saya kerana nanti saat saya bermesraan saudara saya pula dihenyak dengan jentera, dibedil kepala, dirobek perut, dilanyak but tentera, saudara saya menjadi yatim dan piatu. Layakkah saya untuk bergelar Islam kala itu?

Saya malu! Dari mata ini saya saksikan segalanya. Saya bisa ukir noda dosa pada papan hati saya yang hanyut di lubuk rasa, atau saya bisa saja melihat rona warna gemilang hidayah Ilahi. Semuanya kerana mata. Tetapi saya tidak minta menjadi buta, kerana saya ingin mati berjuang dengan senjata bukan dengan kata. Marilah kita sama-sama berdoa, moga-moga mata ini akan hanya terpaut pada yang indah di sisi tuhan, bukan mata hati kita yang mati. Peliharalah mata kami ya Allah!

Saya seringkali berharap, apabila saya benar-benar bertemu jodoh dengan manusia. Bukan menyulam cinta monyet. Saya mampu untuk berbuat sesuatu supaya nanti saya tidak berasa malu dengan tuhan dan saudara saya. Tuhan! Jadikanlah hambaMu ini insan berguna pada umatnya. Saya bersyukur kerana lahir saya adalah tanda cinta ibu dan ayah pada tuhan. Moga setiap dari kita juga mampu menjadi tanda cinta yang benar memberi ingatan kepada cinta sang Pencipta. Amin!!!

roaring rant: AbEsA pada Rabu, Jun 25, 2008 2 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Selasa, 29 April 2008
Manusia,alam dan alam kemanusiaan…
“kenapa daun itu hijau?”.Seorang teman pernah bertanya di kampung.Saya kaget mendengar pertanyaan yang semacam itu.Kenapa langit biru,kenapa ayam tidak boleh terbang,kenapa ikan hidup di dalam air dan bermacam 1001 persoalan lagi yang kadang-kadang membuatkan kita bingung akan hakikat penciptaan.Namun disebalik kebingungan saya itu,persoalan-persoalan tersebut secara halus membawa kembali kita untuk merenung alam.
Kata Pak Idris Sardi,pemain biola terkemuka muzik itu baginya bahasa rasa yang punya jalinan yang tersendiri.Maka alam yang luas ini sepatutnya juga menjadi bahasa rasa untuk mengungkapkan keagungan penciptanya dalam cara yang paling halus.Kita banyak belajar daripada alam,alam mendatangkan ilham dan menzahirkan asosiasi antara kita dan tuhan.
Alam…….
Alam menjadi sumber ikhtisas manusia,memelihara hambaNya.Tanda cinta Allah kepada kita.Maka dari kerana hebatnya penangan alam ini.Manusia mengabadikan alam ini dalam segenap perkara hidup,terutama masyarakat Melayu.Pujangga dahulukala sering mengangkat tema alam dalam madah mereka.Nah,lihat sahaja pantun dan gurindam seloka masyarakat Melayu.
Gunung daik bercabang tiga,
sampan kolek tambat di muara,
malam cerah bulan purnama,
mengapa tuan bermuram durja?
Kebergantungan kita terhadap alam memang tiada disangkal.Satu lagi contoh pemotretan alam dalam budaya Melayu ialah dalam sebuah cerita jenaka rakyat di Kelantan ‘the cradle of Malay tradition’ kata budayawan kerana kekayaan tradisinya.
Mengikut cerita pada suatu hari harimau yang kemarahan ditipu oleh babi mengejar binatang itu keliling kampung.Babi yang ketakutan terus berlari hingga akhirnya terlanggar sebatang pohon ketereh(gajus).Maka dari itulah kenapa babi hidungnya kemik akibat dari impak perlanggaran itu.Pohon ketereh pula sehingga sekarang tumbuh condong kerana dilanggar babi itu.Kebetulan ketika itu seekor semut berda berdekatan.Diceritakan pinggang semut menjadi kecil akibat ketawa yang melampau melihat hidung babi yang cacat.Mendengar keadaan yang bising itu,biji ketereh(gajus) pun keluar dari buah untuk melihat apa yang terjadi,akibat terlalu lama keluar,buah tersebut menguncup lalu bijinya yang tidak sempat masuk tertinggal diluar buah.
Mengapa tuhan memerintahkan manusia melihat alam?Melihat kejadian unta<88:17>,burung-burung<67:19>,lebah membuat sarang<16:68> dan bermacam lagi.Maka jelasnya kerana dalam alam itu terdapat tanda bagi orang yang berfikir.Tanda apa?Yang jelas bukan tanda baca seperti noktah,koma,seru atau seringkali diakhiri tanda soal dalam pemikiran manusia.Bukan juga pen penanda(marker pen).Tapi lebih kepada papan tanda.
Sebagaimana ‘signboard’ yang mempunyai symbol untuk memberi ingatan kepada undang-undang trafik.Maka alam juga merupakan suatu metafora halus untuk memberi peringatan tentang ‘the ultimate Force’ yang menjadikan kita.Makanya kalau kita ingkar,tuhan juga akan mengenakan kompaun(tak boleh bayar dekat JPJ)
Tanah….
Mengapa Adam dijadikan daripada tanah?Jika kita sebaik-baik kejadian mengapa tidak dijadikan juga dari yang sesempurna ciptaan?Puas saya mencari signifikasi tanah dan manusia dan akhirnya saya temui satu konklusi.Pertama kerana dari tanah itu tumbuhnya hidupan.Maka apabila kita merenung alam sepertinya kita kembali kepada asal kejadian.betapa dekatnya kita dengan tanda kekuasaan Allah.maka bukan sekadar merenungi tapi merasai alam itu dalam diri.
Kedua kerana Allah telah mewujudkan satu metafora yang cukup cantik.Tanah yang subur memerlukan air.Jadi ibadah justeru penting kerana dimulai dengan wuduk.Sebagaimana hujan dan bumi,begitulah wuduk menyuburkan iman didalam diri kita.jadi apabila jiwa kita ini telah subur akan tumbuhlah rumput yang cekal hati itu,yang punya survival biar dicampak ke gurun Sahara mahupun tundra Artik.Inilah iman yang kita mahu.
Ketiganya kerana tanah itu wujudnya bermacam-macam,tidak satu jenis.Adanya tanah pasir,tanah liat,tanah aluvium,tanah laterit,kaolin dan sebagainya.Sebegitu jugalah manusia yang punya bermacam ragam.Jadi dalam dakwah ini kita seharusnya lebih kreatif untuk mendepani masyarakat.menerangkan Islam kepada anak kecil sudah pasti tidak sama dengan orang dewasa.
Alam Kemanusiaan…..
Putus bicara saya namun alam tetap dengan gemersik melodi rimbanya.Manusia dewasa dari alam.Alam itu nirmala.Maka kita harus menjadi lebih ekstrovert dalam batas dengan langkah pragmatic untuk mencorak alam kita pula.Teman juga pernah mengungkap,kenapa orang asli tidak wujud pula masalah social?
Jawapan mudah saya kerana mereka mengalamkan manusia,bukan memanusiakan alam.Budayawan barat mengungkap primitifnya manusia purba kerana mereka dikuasai alam.Jadi kita menjadi moden kerana kita menguasai alam.namun lihat sahaja sekeliling.impaknya terlalu besar.Hingga akhirnya kita terpaksa tunduk semula kepada kuasa alami.
Jelas bukan kasusnya dengan hal orang asli.mereka mengolah rimba dalam cara yang paling halus.Maka rimba mendidik mereka supaya patuh kepada hukum alam,atau sunnatullah lebih jelas lagi.Fikir-fikirkanlah kembali kewajaran kita dalam membentuk alam kemanusiaan.
“katakanlah:perhatikanlah apa-apa yang dilangit dan dibumi,Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tiada beriman”<10:101>
...............................................................................(-_~).................................................................................
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Selasa, April 29, 2008 1 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Isnin, 17 Mac 2008
Mahabbah dalam madah…
Sebenarnya artikel ini sudah lama terbangun dalam batin saya,Cuma sedikit masa sengaja diambil supaya feel itu benar-benar meresap dalam diri. Bila ustaz bermadah dan artis berdakwah sebenarnya tajuk yang sering bermain dalam benak Cuma kasusnya dilihat terlalu jelas.Teman sering melabel saya idiosinkrasi (tetapi saya kurang jelas dari segi apa?).Mungkin tulisan saya sudah semacam idiogram pemikiran mungkin?
Membesar dalam negeri yang penduduknya ‘memberatkan’ agama (satu sumber menyatakan 70 peratus rakyat Kelantan fanatik tetapi yang benar-benar mengamalkan Islam hanya 30 peratus,lebihnya Islam hanya gincu di bibir)maka awal pemikiran saya yang terasuh melabel orang seni suara itu hapista,sesat,harus ditentang (meski ibu saya peminat setia Datuk Siti!).
Namun pengalaman yang mengheret saya merentas bahrulhayat memberi satu dimensi baru dalam pemikiran logika (bukan Agnes Monica) saya.Saya cuba menilai segala sesuatu dari semua segi yang mungkin(saya gemar memerhati).Maka jawabnya,saya seringkali punya fikiran yang seringkali bercanggah terhadap sesuatu subjek yang satunya saya zahirkan dan satunya saya diamkan(kadang diam saya tidak bererti patuh).
Bercerita mengenai madah,berapa ramai antara kita yang benar-benar sedar akan gerakan dakwah yang dilancarkan secara sulit oleh para artis(???!!!!).Disini saya sertakan beberapa bukti dari siri peristiwa:-
1.Demam bawang putih dan bawang merah(drama) menyaksikan peningkatan mendadak penonton di saluran media prima(namun masih tidak mampu membantu para pekebun dan penjual sayuran di pasar).Perhatikan bait lagu temanya “warnailah hidupmu,yang akan menjadi lukisan,yang dilihat orang…”.Seorang teman pernah menyebut yang kita hidup atas persepsi orang lain(saya kurang setuju).Maka relevannya hidup yang seperti kain kanvas terletak atas kewajaran kita dalam menentukan corak dan palitan warna.Sebagaimana tuhan tetap menciptakan babi yang haram atas kewajaran kita yang dibekali nafsu yang dipandui akal untuk menimbang.Begitulah Dia memberati kebebasan memilih kepada kita.
Pilihlah dari palet warna hidup itu akidah yang benar,peribadi mulia,dan segala macam lagi warna gemilang nilai Islami. Maka bentuklah akhlak dan peribadi yang unggul sebagaimana akhlak Rasul dan bentuklah iman yang teguh tertancap sepertimana iman para ahli sihir yang beriman dengan nabi Musa.Dari itu akan terhasillah sebuah lukisan indah seorang muslim sejati yang dapat menjadi idiogram kepada agama suci.Setiap mata yang terpandang justeru terpaku akan keindahan lukisan itu.Hati yang terpikat dek keindahannya akan menuntun rindu di jiwa.Apabila rindu tidak tertanggung maka rasa cinta dizahir dengan ucapan syahadah.
Lihat betapa dari bait lagu sinetron betapa mampu memberi peringatan kepada kita dalam menilai dan memilih cara hidup!
2.Perhatikan pula, ‘alangkah indah jika dicinta,kerana hidup kita..lebih bahagia!!!!’.Lagu tema sitcom Puteri nyanyian Amy Mastura.Perasankah anda?Irama dalam lagu ini seolahnya menegaskan perkataan ‘bahagia’ itu.Sebelum saya menafsirkan lagu ini,satu soalan, ‘Pernahkah anda dilamun cinta?’.Penyanyi dalam kita sedar atau tidak mengajak kita berfikir sejenak,supaya menyelami perasaan orang yang dicintai.Ah,betapa bahagianya mereka.Saya punya beberapa pengalaman bersama teman yang bercinta.Kadang-kadang rasa cemburu bersarang di hati.Kata teman,bercinta memang bahagia.Setiap hari seolah lembaran dalam novel cinta Aisya Sofea (bukan Habiburrahman El-Shirazy).Bahagianya hidup.Namun seringkali juga akibat tersalah pilih antara cinta sang Khaliq dan abdi ramai yang akhirnya tersungkur di Hospital Bahagia lantaran terlalu mengejar kebahagiaan cinta.
3.Dekad 90an menyaksikan kebangkitan kumpulan Rock di Malaysia.Maka dari itu muncullah kumpulan Search,Wings,Black Dog Bone,Arrows,Spoon,D’Riyadh(Ustaz Akil Hayy haji Rawa dulu vokalis band ini)dan bermacam lagi nama kumpulan yang kadang-kadang maksud literasinya entah apa-apa.Kali ini perhatikan pula petikan lirik yang saya kurang pasti penyanyinya. ‘Jika benar cinta itu buta,butakah mataku,berkali terluka masih jua ku menunggu,apa yang ku inginkan,cuma kejujuran dalam perhubungan,jika itu tiada,apalah ertinya penantian itu hanya sia-sia’.
Cuba hayati kesyahduan liriknya.Jika Amy Mastura mengungkap soal kebahagiaan,penyanyi ini pula melahirkan kekecewaan cintanya (mungkin ilham datang ketika rawatan pemulihan mental).Pada awal lirik jelas telihat kesetiaan penyanyi pada cintanya.Abu Darda pernah meriwayatkan ‘cintamu terhadap sesuatu membuatmu buta dan tuli’.Tidak perlu dihurai lagi;sememangnya cinta membuat kita buta terhadap hukum dan tuli terhadap tarbiyah.
Tetapi saya lebih suka melihat dari sudut yang lain sebagaimana Dr.Taha Jabir al-alwani pernah menjelaskan dalam makalahnya, ‘Adab al-ikhtilaf fil islam’.Ta’wil hadis itu ada tiga,matan itu maksud,maksud itu dalam matan,dan matan itu maksud yang jauh.Jadi mengapa tidak hadirkan mahabbah itu kepadaNya?maka mata kita akan buta terhadap terhadap ancaman munafiqin,dan telinga akan tuli terhadap segala cercaan mereka.
Lirik lagu tersebut turut menyatakan keinginan terhadap kejujuran dalam sebuah perhubungan.Seandainya cinta sesama makhluk begitu membutuhkan jujur.Apalagi cinta terhadap Dia.Jujurlah dalam bercinta.Betapa sakit hatinya bila mengetahui orang dicinta bermain kayu tiga (konda-kondi??).Maka begitulah murkanya Allah bila kita tidak jujnr dalam mencintaiNya,diletakkan munafiqin di tingkat paling bawah dalam neraka.maka seperti liriknya juga;‘jika itu tiada,apalah ertinya penantian itu hanya sia-sia’ kehidupan di dunia akan menjadi sia-sia kerana tidak membuahkan hasil di akhirat.
Nah!!lihat sahaja bukti-bukti di atas,bukankah benar para artis sebetulnya juga para dai’e dari balik tabir.Banyak lagi bukti yang ingin saya kemukakan tetapi jari sudah mula menari lemah.Tetapi saya yakin anda yang punya akal bisa merungkai sendiri maksud dalam setiap bait lagu.Konklusinya setiap kali mendengar lagu berkumandang hayatilah setiap baitnya jangan terus menghukum.Saya tinggalkan anda dengan petikan dari kumpulan Dewa 19 dalam lagu Laskar Cinta
‘wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu,mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi,bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya,serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati…..’
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Isnin, Mac 17, 2008 0 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Isnin, 26 November 2007
TELADAN DARIPADA RUMPUT
Perjalanan pulang ke negeri tercinta selepas memerah otak dan keringat di ibu kota benar-benar saya nantikan.Masa selama lebih kurang enam jam di atas bas ekspres menuntun hati sebentar untuk berfikir.Berfikir mengenai mengenai hidup dan arah tuju saya,dan kadang kala wajah-wajah manusia kampung menerjah ke kotak fikiran.Namun apa yang lebih menarik perhatian saya dalam perjalanan sejauh lebih kurang 300 km itu ialah kehadiran rumput dan semak samun di kiri kanan jalan.Sememangnya jika anda memandu dari Kuala Lumpur ke pantai timur melalui Lebuh Raya Karak tumbuhan hijau inilah yang akan menemani perjalanan.
Dari Merapoh ke Gua Musang mata saya tidak lepas dari memandang rumpun hijau dari balik cermin gelap bas.Lalu saya terfikir,betapa hebatnya rumput.Rumput hampir kita temui dimana sahaja ceruk bumi.Padang pasir yang membahang hingga ke gunung yang tak pernah dikunjung orang.Allah s.w.t. menciptakan rumput dalam keadaan yang sungguh hebat.Sifat survival yang ada pada rumput membolehkannya untuk bertahan dan terus hidup dalam keadaan yang paling terdesak.Bagaimana tuhan menciptakan rumput yang sering kali kita abaikan supaya menjadi sebagai satu pengajaran kepada manusia.
Allah menciptakan kita dalam keadaan yang berbagai suku dan bangsa yang dipisahkan oleh sempadan budaya dan bahasa.Seperti dalam lirik Laskar Cinta”bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita,dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda,bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati”.Jadi dalam setiap penciptaan itu ada hikmah disebaliknya.Begitulah halnya rumput.Tuhan tidak menciptakan saya dan anda serta rumput untuk sia-sia melainkan ada tujuannya.
Kita lihat rumput terpaksa bersaing dengan tumbuhan lain untuk terus hidup.Namun rumput tidak pernah mengalah.Saya sendiri mengenal rumput sebagai satu tumbuhan yang sukar untuk dinyah dari laman.Walau dirinya tidak diendah jauh sekali dihargai namun rumput tidak menjadikan ia satu alasan untuk ia mati dan kering.Kerana rumput sedar yang dirinya ada tanggungjawab yang diberi oleh Ilahi.Meskipun tugas itu hanya sekadar penyeri laman.Walau diri dipijak-pijak dan terus diracun namun rumput tetap berusaha untuk menegakkan pucuknya kearah langit biru demi sinar mentari yang tak pernah mungkir.Meski dalam kepayahan rumput tetap berjaya dalam survivalnya.
Persoalan yang saya ingin kemukakan sebenarnya adalah pengajaran yang boleh kita peroleh daripada rumput.Jadi kepada para dai’e contohilah survival yang ditunjukkan rumput.Memang ada diantara kita yang menggunakan metode yang berbeza namun seperti rumput,kita sama oleh kehijauan klorofil islami jadi walau di ceruk mana sekalipun kita dicampak jangan lekas putus asa.Kuatkan jati diri supaya kita mampu membenamkan akar islami kemana sahaja kita pergi dan seterusnya menghulurkan pucuk kemegahan Islam ke langit globalisasi dan seterusnya membuahkan generasi yang ada mahabbatullah dalam diri.Dengan itu kita bukan sahaja menjadi rumput bahkan pokok rendang yang mampu memberi teduh kepada masyarakat,dan sehingga kini baru saya sedari yang peluang menaiki bas ekspres selama ini telah saya sia-siakan kerana baru kini saya mendapat pelajaran yang berguna dari rumput dan baru kini juga saya sedari kebenaran firman Allah
“Sesungguhnya di langit dan di bumi ada beberapa ayat(tanda-tanda kekuasaan Allah)untuk orang-orang yang beriman”<45:3>
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Isnin, November 26, 2007 1 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Khamis, 22 November 2007
Sehari Lembu di Bandar
Cuaca hari ini tidak panas dan tidak pula sejuk,suam-suam kopi kata orang.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Lembu:wah,cuaca nampak baik jek,kalau aku pergi bandar melawat sedara
aku kat bandar tu elok jugak rasanya.
Dikisahkan ceritanya,maka berjalanlah lembu tersebut menuju ke bandar yang terletak tak jauh sangat tapi jauh jugak la kalau jalan kaki.
Maka dipendekkan ceritanya,sampailah lembu tersebut ke tempat sedara lembunya(takkan manusia kot).Melihatkan saudara selembunya yang kelihatan resah gelisah,sedara si lembu bertanya.
Sedara lembu:mung ni bakpo eh lembu?aku tengok sejak pade mung sapa
serupo ore ado bisul jah,tak sene dudok jah,acu cerito mari kat
ambo nih.
Lembu:Aku bukan ape,sebenarnya,dalam perjalanan tadi aku terserempak ngan
satu makhluk nie.Aku tengok punya tengok rupa macam ader kaum kiter,
cuma yang bezanya beliau berdiri dua kaki.
Sedara lembu:Aih sah binate pelik tuh!ambo sediri tok rajin jupo lembu lagu tu.
Lembu:aku tak abis citer lagi,mule-mule aku ingatkan manusia,tapi aku nak
pastikan,jadik aku ushar ar lagi,hidung cucuk dua tiga,aih takkan
manusia cucuk hidung,aku tengok lagi,bulu atas kepala dia kaler oren,
bertambahlah sket keyakinan aku,jadik aku ushar lagi,tanpa segan silu
makhluk tu pegang tangan pastu meraba sana sini sekor lagi
makhluk macam dia.Sah memang kaum kerabat kiter la tu.
Sedara Lembu:pahtu?mung buat gapo?tak oyak hai ko?
Lembu:cadangnya macam tu la..nak la jugak aku bertegur sape kan,tapi
baru nak tanya khabar ko tau aper jadik?
Sedara lembu:mung ni betol la,mano la aku tau kalu mung tak cerito,ngong la
menate lembu nih..!
Lembu:ya tak ya jugak ek?ah sambung,tetiba jek aku rase nak terkucil,cam
biase la kan lembu,aku pun melepas la.
Sedara lembu;ho..gitu..lepah tuh..?
Lembu:makhluk tu pun jerit kat aku,”celaka lembu,mengganggu aku nak
bermadu asmara jek,bodo punyer lembu,tak tau malu betul,patut la
lembu!!”lalu pemuda itu pun berlalu meninggalkan aku.
Sedara lembu:ish ish ish,tak patok sunggoh dio bwak gitu..
Lembu:aku tak kisah sangat dia nak tengking aku,yang aku hangin nih bile dia
hina kaum sendiri,memang lembu luper daratan tol la,dah la hina kaum
sendiri pastu siap baling botol kat bontot aku,tu yang aku tak senang
duduk nih..
Sedara lembu:ooh..gitu ceritonyo..meme tak patut sunggoh la sedaro kito buat
gitu,kito sebagai kaum lembu ni keno jago keharmonie antaro
lembu nih.Walaupun sedaro kito tu tak se ngaku lembu,mu jange
bimbe,sebab aku tengok ramai doh manusio hok nak jadi lembu
nih.jadi mu jange bimbe pasal populasi kito.Berapo rama manusio
hok aku tengok tak dok sifat malu,sapa aku hok lembu ni pun raso
malu nga demo.Mujo tak dok lembu hok jadi menteri jah,kalu tidok
aku raso kita boleh buat persatue sendiri doh.
Lembu:lepas ko cakap camtu,lega sket hati aku,maybe election taun depan aku
Undi ko kot jadik PM.!
Maka berderailah ketawa(walaupun yang kedengran hanyalah lenguhan)lembu bersaudara itu.Jadik pengajarannya,baikilah mayarakat kita kalau tidak mahu lembu menguasai parlimen suatu hari nanti.Tamat.
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Khamis, November 22, 2007 1 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Sabtu, 17 November 2007
Entry: KISAH SEORANG LELAKI DGN PEREMPUAN... Monday, March 07, 2005
Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman. But, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol ape ye?? Ana pasti anda juga tahu maksudnye. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. So, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.
Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak same sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang nie lebih afdal.
Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat umah. Lebih selamat.
Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi. Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, huqum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul
roaring rant: AbEsA pada Sabtu, November 17, 2007 0 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Jumaat, 26 Oktober 2007
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.Jawab beliau;Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnyaadalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaandengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya;Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkandalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yangberpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan
roaring rant: AbEsA pada Jumaat, Oktober 26, 2007 0 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e

