Pertama sekali, Pak cik tersebut berhujah yang dalam suratul Maryam ayat 33, Allah berfirman bahawa Isa itu akan sejahtera pada hari meninggalnya. Sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian yang Jesus@Isa (a.s) itu mati di atas salib. Maka ayat tersebut seolahnya membenarkan pegangan mereka.
Selalunya dalam membicarakan soal kematian Jesus@Isa, mereka yang arif dalam perbandingan agama cenderung untuk mengikuti pandangan Ahmad Deedat yang dikorek daripada Holy Bible itu sendiri yang Jesus@Isa sememangnya disalib TETAPI baginda tidak meninggal di atas salib.
Jadi apabila pak cik tersebut merujuk kepada ayat tersebut, beliau dengan yakinnya membantah kenyataan Ahmad Deedat tersebut serta fahaman orang Islam tentang kenaikan nabi Isa ke langit (ascension).
Tetapi sebenarnya, menurut Hamka ayat yang diterjemah dari bahasa Arab sebagai
"kesejahteraan dilimpahkan kepada aku....pada hari aku meninggal" merujuk kepada peristiwa pada akhir zaman yang akan berlaku nanti.
Apabila Nabi Isa turun sebagai al Masih untuk membersihkan bumi dari penyelewengan fahaman agama. Maka kerana saat meninggalnya Nabi Isa ketika itu dalam keadaan dunia yang 'bersih' jadi itulah sebenarnya sejahtera yang dimaksudkan.
Andai kita berpegang kepada hujah orang Kristian, adakah sejahtera (as it sound to you?) andainya Jesus@Isa meninggal dalam keadaan disalib, ketika orang Yahudi bersorak sorai gembira dengan kematiannya yang dalam keadaan hina?
Alasan mereka kerana Jesus@Isa mati disalib untuk membersihkan manusia dari 'original sin' jadi matinya dalam keadaan terhormat. Logiknya jikalau Jesus itu salah satu daripada tiga oknum triniti, maka untuk apa dia mengorbankan diri untuk membersihkan dosa manusia? Sedangkan dia sendiri merupakan tuhan di langit.
Pak cik tersebut juga membangkitkan persoalan mengenai tafsiran suratul Maryam ayat 71. Hal ini sebenarnya tidaklah serumit mana, kedangkalan pak cik tersebut seharusnya tidak melemahkan akidah umat Islam. Ayat 71 itu sebenarnya merupakan kesinambungan daripada ayat 70. Jadi bukanlah semua orang wajib mendatangi neraka seperti yang didakwa pak cik yang mantan muslim itu.
Satu hal yang saya tertarik dengan kata-kata akhirnya yang dipetik daripada hadith Nabi Muhammad s.a.w. tentang 72 golongan umat Islam. Biarpun pak cik tersebut sudah meninggalkan agama Islam namun masih ada murninya kata-kata beliau.
Andai kita sibuk mengaku bahawa fahaman kita itulah golongan yang satu yang dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w. maka kenapa tidak kita mengajak golongan yang 71 itu kembali kepada jalan yang benar, bukannya sibuk memaksa orang lain memeluk Islam.
Puisi dan Peribadi
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan