Siapa Tuhan orang kristian?
Saya akan jadikan entri ini seringkas yang mungkin. Saya tidak akan menyentuh sejarah Kristian dan St. Paul secara terperinci tetapi saya masih akan membuat rujukan kepada dua subjek ini kerana ia merupakan asas kepercayaan Kristian moden.
Persoalannya siapakah Tuhan orang Kristian, isu yang ditimbulkan selepas keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi gereja Katolik.
Selain dari fahaman Arian bahawa Tuhan itu satu. Kristian juga mempunyai doktrin trinity yang diasaskan ketika peristiwa ‘Council of Nicaea’. Pada waktu itu jugalah fahaman Arian ini dihumban dan diisytiharkan sesat oleh mereka (early church fathers).

Bersandarkan pada doktrin trinity itu mereka percaya bahawa Tuhan itu ialah tiga entity tetapi harus dianggap satu. Fahaman trinity ini begitu sukar untuk diterima logic akal, namun mereka berhujah ianya tidak mustahil kerana entity itu ialah Tuhan. Inilah yang akan saya bincangkan.
Lebih nyata dari terang matahari. Perkataan trinity itu sendiri tidak ditemukan dalam Holy Bible. Old Testaments langsung tidak membicarakan pemahaman pelik tersebut. Ini jelas mungkin kerana Old Testamens atau juga dikenali dengan Jewish Bible itu kitab asal pengikut Jesus pada awalnya. New Testaments pula ditulis hanya beberapa ratus tahun selepas ‘kematian’ dan ‘penyaliban’ Jesus Christ.
Jadi tidak mungkin bagi pengikut Jesus dan Hawariyyun atau ‘twelve elected disciples’ mengamalkan trinity. Namun, pada satu ayat dalam Holy Bible, teradapat satu ayat yang membawa makna terdekat kepada doktrin trinity,
“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one” 1st Epstle of John 5:6
Namun, kita hanya dapat temukan itu pada Authorised Versions atau lebih dikenali diseluruh dunia dengan King James Versions Bible, milik Protestant. Mengejutkan kerana pada Revised Standard Version 1952, Bible tersebut tidak mempunyai ayat itu kerana menurut Biblical Scholars, “they were not to be found in the oldest manuscript”.
Oh ya, sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk membuat ‘revision’ terhadap Bible dan mengolah, menambah, atau mengurangkan bilangan Bab dan ayat dalam Bible mengikut kajian terhadap ‘Greek scriptures’.

Diringkaskan disini, Jesus = Word = God = Word = Jesus. Jadi saya hanya menyentuh tentang Jesus. Dapatlah difahami bahawa fahaman trinity itu mengangkat Jesus setara dengan Tuhan atau anak Tuhan atau Tuhan itu sendiri.
Tetapi, malangnya bagi orang kristian, tidak ada satupun ayat dalam Bible yang memerintahkan mereka supaya menyembah Jesus atau Jesus mengatakan “A am the God”. Jadi dimana kepercayaan Jesus itu Tuhan disandarkan?
“In the beginning was the Word, and the Word was with God and the Word was God” John 1:1
Ahmad Deedat telah membuat kesimpulan yang cukup baik. Dalam ayat ‘word was with God’, perkataan asal ‘God’ itu sebelum diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris ialah HOTHEOS. HOTHEOS ialah perkataan Greek untuk ‘Tuhan’ atau ‘The God’. Manakala, ‘and the Word was God’, perkataan ‘God’ sebelum diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris ialah TONTHEOS. TONTHEOS membawa makna ‘tuhan’ atau ‘god’.
Perbezaan makna itu terjadi apabila huruf ‘T’ itu diubah kepada ‘t’. Seperti bezanya antara ‘Tuhan’ unutk merujuk kepada Tuhan yang di atas, ‘tuhan’ digunakan unutk merujuk kepada obejk yang dianggap sebagai tuhan.
Contoh, Allah itu ‘Tuhan’ kami, batu itu ‘tuhan’ mereka.
Kesimpulannya, GOD pada kali pertama dalam John 5:6 itu merujuk kepada Tuhan tetapi untuk GOD yang kedua merujuk kepada tuhan atau ‘a godly person’ kerana ilmunya atau perlakuannya.
“God is not a man, that he should lie…” Book of Numbers 23:19
Saya petik dari Old Testaments, secara jelas menyatakan bahawa Tuhan tidak boleh secara fizikal ataupun rohaninya seorang manusia.
Namun andia kita masih mahu menerima doktrin Jesus itu Tuhan,
“now in the morning as he returned into the city, he HUNGERED” Matthew 21:18
“and he was in the hinder part of the ship, ASLEEP on a pillow” Mark 4: 38
“Then the men that held Jesus MOCKED him, SMOTE him. And when they had BLINDFOLDED him, they
STRUCK him on the face” (a helpless God?) Luke 22:63-64
“Jesus was a carpenter by trade” Mark 6:3
Serta banyak lagi petikan dari Bible menyatakan Jesus itu sememangnya seorang manusia. Jadi tidak mungkin apabila The God menyatakan kepada Moses bahawa “God is not a man” tetapi kemudian 600 tahun atau lebih, memberitahu penulis Gospel melalui
‘Divine inspiration’ bahawa Jesus itu Tuhan. Adakah mungkin bagi Tuhan menipu Moses? Atau Tuhan telah lupa dengan wahyunya kepada Moses? Naudzu billah!
Tetapi, saya pernah disanggah. Mereka menyatakan Jesus ‘is the God in humanly form’.
Jadi tidak sepatutnya menjadi persoalan andai dia berkelakuan sebagai seorang manusia. Jadi maknanya Tuhan orang Islam itu lebih ‘power’ dari tuhan orangf Kristian? Kerana Tuhan orang Islam tidak perlu berpuasa 40 hari 40 malam, tidak perlu ‘melawat’ neraka, dan tidak perlu bekerja untuk menyara hidup!

Kesimpulan dari penjelasan ringkas ini, andai jesus itu bukan Tuhan jadi siapa tuhan orang Kristian? Apabila kita menolak Jesus dan the Word dari Oknum trinity, yang tinggal hanyalah the Father.
Siapa the Father? Itulah Allah s.w.t. Apabila Dia telah menjanjikan bahawa kebatilan akan lenyap, maka janji Allah itulah yang saya dan anda patut pegang.
Perbincangan tentang the Faher telah dikupas (di sini) dahulu.
Walau bagaimanapun kita berusaha, tetap sahaja mereka akan menidakkan kebenaran agama Islam. Serahkan segala usaha kepada Allah dan berdoalah untuk kebaikan kita semua. Amin!

