Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label kenangan MPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan MPR. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2009

gambar eksklusif MPR

(eeee, buruknya tidor...)

(abg Azree Arfffn dengan Azree MH menumpang bilik, bantai borak malam tu)

(cikuuu...ngunya..aik..bukan ciku cak ker?)

(bilik yang kemas, tengok la siapa yang menumpang...)
(malam sebelum buat persembahan, konon bincang la...)
(kak Rashidah kantoi...)

(sebenarnya gambar ni bawah sikit, tapi sebab abg Azree MH suruh crop, nak cover perut kata dia, saya berkata benar...)

(cewah kak nas....!)
(wei cepat-cepat, kak nas jalan laju wo..) (hadui, boringnya aku...teka, dialog siapakah itu?)
(entah apa benda la yang kak Nas merepek ni..)
(Pengemis? Manusia kota, aneh sungguh kalian (sajak saya)
(masa di pejabat bonda...)

(ek elelh, manusia-manusia jiwa kacau...)


(kak rashidah control cun...)

(kak shafiqa dan kak ween... Jiwa kacau, sob sob sob sob..)

(kak Nurul dengan saya pada hari terakhir MPR, kehkehekeh)

(Bersama pengarah projek berjaya, amboi sukanya dia)

(urus setia berkaliber)

(kak (?) WAN....)



















Selasa, 30 Disember 2008

MPR o8: Kembara diri

Mulanya,

Minggu Penulis Remaja (MPR). Saat pertama kali saya mendengar perkataan MPR, bagaikan ada suatu perasaan yang terus menarik saya untuk mengenali dengan lebih dekat entiti (jika saya dapat menamakan ia sesuatu yang maujud) serta insan-insan yang bersamanya. Selama saya mengikuti perkembangan MPR secara tidak langsung melalui hebahan media timbul pula minat yang lahir dari rangsangan setelah melihat kejayaan mantannya dalam lapangan sastera.
Saya terdorong untuk menulis sedikit demi sedikit, tetapi kebanyakan karya (andai selayaknya dinamakan ‘karya’) saya diperam sahaja di rumah. Pada tahun 2008, saya cuba untuk menulis secara serius (saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk mentafsir perkataan itu sejauh mana) dan sajak pertama saya yang dibuat secara ‘hentam-hentam’ tersiar di sebuah majalah tempatan.

Atas kapasiti itu saya mula menilai kembali diri saya serta ‘bakat’ yang ada. Dan segalanya seperti serba menjadi tahun ini (2008). Saya secara tidak sengaja ‘termaklum’ tentang permohonan MPR, tergerak hati untuk mencuba nasib (meski dengan harapan yang menggunung tinggi).

Satu hari, Puan Zety menghubungi saya yang permohonan saya diterima. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya. Seminggu (seingat saya) kemudian surat dari DBP tiba ke halaman rumah (sekarang surat itu hilang entah kemana).

Jiwa kacau,

Sepanjang mengikuti MPR, terlalu banyak kenangan manis yang terlakar yang saya kira tidak mampu dilarik dengan tinta. Terutama kenangan bersama Pak Leh, Che Din, Che Lan (terima kasih atas pengangkutan dari dan ke stesen bas), Kak Zety dan Kak Nurul (Yon? Terima kasih untuk teh ais di gerai mamak berbulu!) sewaktu menunggu peserta lain tiba pada pagi jumaat itu.

Sesuatu yang janggal kepada saya apabila diperkenalkan dengan barisan pembimbing bengkel, abang Saiful dan kak Nas saya kira tiada masalah cuma apabila disebut abang Im dan abang Sham. Sepertinya saya melihat sekawan lembu yang berterbangan, keanehan menguasai diri. Rahimidin Zahari sepertinya layak saya panggil ‘pak cik’. Samsudin Othman yang dahulunya saya mesra dengan panggilan cikgu (sewaktu di alam shah) tiba-tiba ‘dikerah’ supaya dipanggil abang (?).

Namun di atas itu semua, yang paling menggembirakan hati saya. Nyata saya tidak berseorangan selama ini. Dahulu, jika saya berjalan-jalan di pekan atau mana-mana sahaja, memerhati dan cuba menyelami kehidupan setiap subjek yang dilihat pada mata kasar saya, yang kemudian membuahkan fikiran-fikiran aneh tentang masyarakat membuatkan saya merasa diri ini pelik, bercakap dengan diri sendiri sewaktu berjalan (atau merenung seseorang yang duduk di seberang jalan hingga dia menafsir saya berniat jahat terhadapnya, atau bercakap dengan orang yang ditemui dalam LRT).

Keanehan ini makin menjadi-jadi apabila saya memiliki kamera sendiri, pernah orang melihat dengan memicingkan mata (mungkin mereka fikir saya gila) apabila berjalan di sekitar Kuala Krai dengan kamera Finepix J10 di tangan, mengambil gambar di tengah-tengah jalan dan sebagainya. Menghentam orang atas alasan ‘poetic licence’.
Sebaik memasuki gerbang keluarga besar MPR yang kini genap 22 tahun, saya tahu yang ‘keluarga’ ini juga begitu (walau tidak sekronik saya). Rupa-rupanya ramai lagi yang mentafsir masyarakat seperti saya ( baca: cuba). Bagi saya itulah yang menyatukan mantan MPR semua, kerana keanehan jiwa itulah, walau bagaimana rupanya sekalipun yang mengikat kita.

Akhirnya,

Sepanjang mengikuti MPR, gelaran ‘peserta’ itu seperti tidak membawa rasa kepada saya. Saya kira apabila digelar ‘mantan’ MPR, disitulah datang sihirnya, yang mendatangkan suatu perasaan aneh dalam jiwa yang mendengar. Juga kerana gelaran ‘mantan’ MPR seperti membawa lesen besar kepada karya yang dihasilkan. Namun disitulah juga adanya tanggungjawab untuk memastikan karya yang dihasilkan setara dengan gelaran ‘mantan’ itu. Terutama selepas seminggu di’bengkel’kan oleh mantan MPR sendiri (kecuali abang Saiful).
Legasi MPR akan terus berjalan dalam arus masa yang digerakkan hukum Allah s.w.t. sambil saya akan terus berpayung dibawahnya.

Al-Qalam:1, “...demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan..)

Selasa, 23 Disember 2008

kenangan MPR

(saya memang berbakat dalam fotografi, ehem ehem.... bukan nak bangga, tapi lihat hasilnya, ehem ehem, ni gambar yang ditangkap sewaktu kumpulan saya beraktiviti luar di central market, setiap orang dikerah untuk menyelami kehidupan masyarakat kota dan menerbitkan sesuatu daripadanya, nasib baik saya bawa kamera, banyak membantu, dan saya terilham untuk sebuah cerpen baharu, mungkin cerpan atau cerkon, tunggu sahajalah nanti)


(dari kiri, kak wahyuna, ain, kak Nas, kak Zu, kak Nabila, kak Shidah (brutal), dan ehem ehem....)

(sesi penilaian karya yang dihasilkan sepanjang mpr, kata abang saiful, "abang nampak kekuatan faisal pada cerpen, kritikan sosial...cerpen ni baik, tapi jangan cepat berpuas hati..." antara kata-kata dari seorang abang yang kiranya membuatkan hati saya berbunga. Manakan tidak, semua cerpen yang dihasilkan sebelum MPR dihentam habis-habisan dengan fasi, tambah-tambah sesi dengan kak Nas, disebalik mukanya yang ayu ada bota ganas rupanya yang tak tersampai oleh mata kami. Kak Shidah kena hentam sebab cerpen dia tidak memuskan hati abang saiful, "tak payah tulis cerpen la, tulis puisi je". Kebetulan cerpen saya berkisar mengenai pelacur, maka banyaklah topik-topik panas yang terhambur dariu mulut abang Saiful dan lelucon itu bersipongang dalam cepu kepala saya dua tiga hari.)



(kak Nurul, rupa-rupanya akak ni mantan o7, feeewwwiiiit)



(dalam perjalanan ke central market, entah apa yang kelakar sangat, sambil mata-mata kota memerhati kami...)
bersambung....



Khamis, 18 Disember 2008

Mpr o8 (satu)

(apalah yang aku nak tulis ni? kamera, duduk kena gaya manusia jiwa kacau)

Ada satu hari semasa MPR, kami peserta diminta membuat sebuah cerpen dan tiga buah puisi. Abang Im (Rahimidin Zahari) dengan gaya bercakap yang bagi saya seperti beralun-alun nadanya seperti suara ombak yang membelai pantai jiwa saya. Jiwa kacau, itulah perkataan yang popular saya kira dalam kalangan kami. entah lelucon apa kiranya namun Dewan Cempaka akan riuh dengan tawa setiap kali perkataan itu menerjah cepu kepala. (bersambung)