Powered By Blogger

Khamis, 6 Ogos 2009

Majlis makan malam penyampaian hadiah cerpen sekolah menengah DBP

Baru balik dari kl (dbp), aduh penat. Gambar masa majlis belum dipindah dalam 'pendrive' jadi yang boleh dicoretkan cuma perasaan-perasaan hati huhuhu yang gembira amat sebab menang tempat pertama ('kata produk mpr' ada seorang kawan ni cakap hihi)

Sukanya kita pun sebab dapat jumpa ajk mpr tahun lepas (08). Pun jumpa abang Saifullizan, abg Uthaya sankar, cikgu Halis Azhan.

Lagi seronok sebab semua orang nak bergambar dengan kita hohoho. Abang Zainal dari Utusan (yang lain saya tak kenal nama hihi).

Terima kasih kepada semua akhirnya kita ada antologi pertama walaupun tak sehebat antologi abang dan kakak mpr tapi kita gembira sangat huhu!!!

(Gambar majlis nanti kita upload. Akak rasyidah tak datang,nak kena merajuk lagi la macam ni)

*Antologi kunci gerbang masa.

3 comments:

m.a.m.a berkata...

assalamualaikum,tahniah.."amat" satu cerpen yg bagus..entah kenapa saya rasa Amat itu saudara sendiri...

Shamsul Amin berkata...

salam kenal abesa.. owh, mantan mpr 08..! kak 'ain (qurratu) ada juga bercerita..

mahu juga bertegur waktu amik hadiah, tapi tak sempat..
lain kali, kot..

*tempat kedua, kategori B
(anok kelate jugok!!)

Tanpa Nama berkata...

Dik, tahniah walaupun agak terlewat.

"katanya mantan MPR, begitulah..."

syabasm dan teruskan. kami menyokong, pembimbing dan pendamping di MPR 08 mendoakan