Powered By Blogger

Khamis, 13 Ogos 2009

Orang Dewasa memang BODOH tahap memerang!

Peruncit Melayu pupus?-Utusan Melayu

PETALING JAYA 12 Ogos - Kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.

Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.

Syed Ali berkata, peniaga runcit khususnya golongan Melayu tidak mampu lagi meneruskan kelangsungan operasinya setelah lebih 40 peratus jualan dalam pasaran dikuasai oleh pasar-pasar raya besar.

''Keadaan ini mungkin tidak berlaku sekiranya kerajaan mengawal penubuhan pasar-pasar raya besar di negara ini khususnya di bandar-bandar.

''Sekarang, yang menanggung akibatnya adalah peniaga kecil Melayu yang hanya mampu meraih pendapatan tidak lebih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

''Sedangkan, pasar-pasar raya besar mampu meraih jualan sebanyak RM1 juta sehari,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan peniaga runcit itu terpaksa bergantung kepada pasar-pasar raya berkenaan untuk mendapatkan bekalan barang kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai borong.

''Kita ambil contoh, kalau peniaga membeli barang A dengan harga RM1 di pasar raya, sudah tentu dia akan menjual semula pada harga RM1.10.

''Jadi, macam mana peniaga hendak menjual barangan mereka kalau harga di pasar raya jauh lebih murah daripada kedai runcit?,'' tambah beliau.

Syed Ali berkata, disebabkan masalah ini, perniagaan tersebut bukan lagi menjadi gelanggang perniagaan di kalangan kaum Cina, yang kini beralih kepada pasar-pasar mini.

Beliau berkata, dalam usaha menangani permasalahan itu DPMM telahpun mengusulkan cadangan dalam bentuk kertas kerja kepada kerajaan.

Katanya, kertas cadangan itu telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop empat bulan lalu.

Antara cadangan DPMM termasuk mahukan kerajaan memberi inovasi dan kreativiti baru kepada perniagaan tersebut dengan mengambil kira teras model ekonomi baru yang memberi fokus meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil.

Ini termasuk mewujudkan pusat borong bersepadu, gudang dan sistem pengurusan inventori untuk golongan berkenaan.

''Kita masih menunggu jawapan daripadanya. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, peniaga runcit akan lenyap,'' ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan agar kerajaan menghalusi cadangan itu bagi menyegerakan usaha membantu masalah perniagaan runcit Melayu yang semakin tenat.

Presiden DPMM itu juga melahirkan rasa kecewa kerana para pelabur asing diberi hak untuk memonopoli perniagaan peruncitan di negara ini dalam segala aspek.

Beliau mempersoalkan kewajaran pemilik-pemilik pasar-pasar raya besar di negara ini yang dibenarkan menyewa premis dan kiosk di dalam pasar raya pada kadar yang tinggi kepada peniaga tempatan.

Syed Ali berkata, di luar negara pun, pasar-pasar raya tidak dibenarkan beroperasi di bandar besar tetapi di Malaysia hampir setiap bandar dan pekan ada pasar raya.

Bahagian BODOH 1: Sebab dahulu masa kita kecik-kecik mereka asyik hentam kepala kita jangan bergaduh sama budak berebut coklat 20sen. Tapi bila kita hari-hari baca surat khabar mereka pulak yang asyiknya bergasak nak naik kerusi pemimpin.

Bahagian BODOH 2: Dahulu bila kita bercakap dengan Mak Cik Jah Leha yang asyik dengki dengan Mak Su Timah sebab dia lagi banyak barang kemas bergantungan macam anjing kurap, mereka kata dengan nada orang dewasa (sampai kita terpinga-pinga macammana nada orang dewasa bezanya dengan nada budak-budak) sambil tergelak memang orang Melayulayu itu sifatnya berdengki sesama manusia.

Bahagian BODOH 3: Tetapi mereka juga yang asyik berhimpun berpekik terlolong macam lotong memanggil babi hutan meminta makanan (H1N1?). Kalau nak berhimpun janganlah ajak kami budak-budak macam-macam dikecam kerajaan seolahnya kita ini langsung BODOH macam kalian.


Bahagian BODOH 4: Daripada kita berhimpun macam kera lebih baik bangunkan industri desa, memikirkan macam mana nak bangunkan ekonomi bukan asyik menuding salah itu dan ini macamlah mereka pandai sangat memerintah negeri, kalau tidak sudah lama dipilih rakyat mendapat mandat.

Bahagian BODOH 5: Inipun satu hal, kenapa dikecam Anwar Ibrahim pengkhianta bangsa kalau alasannya tak setia kepada Melayu habis yang mereka dalam UMNO itupun berapa ramai yang pernah jejak ke rumah orang kampung yang setiap pergi memangkah setiap kali PRU.

Bahagian BODOH 6: nantilah kita sambungkan...

nota Kaki sebab kakimu semerbak sabun Daisy: Utusan tak seperti dulu, kata Sin Chiew Jit Poh makin rasis beritanya yang seolah membangkitkan amarah Melayu, provokasi senyap rasanya tindakan kurang tepat bilamana sekarang perpaduan semakin meruncing. Orang dewasa punya kerjalah ni.

8 comments:

ii berkata...

itulah sebabnya, kita train diri kita dan generasi pemuda di sekolah2 hebat supaya mereka tidak menjadi generasi "dewasa" seperti zaman ini...

"kita mampu mengubahnya"

AbEsA berkata...

Orang dewasa memang bodoh tahap memerang pun, tak kisah yang kerajaan mahupun pembangkang. lagi pula bila negara dalam krisis selsema babi kenapa kita tidak mahu sama2 pikirkan solusi. ekonomi makin jauh ditinggalkan indonesia tapi kita asyik cemuh mereka mundur. sebab orang2 dewasa bodoh langsung tak mahu mendengar, orang muda yang biol pula membabi buta disogok pembangkang konon hebat bila anti kerajaan. lebih baik jadi budak2. kah kah kah!

aras nura berkata...

moga awak jadi orang dewasa yg tak bdoh tahap memerang.

AbEsA berkata...

Alahai kakak cik nura, yang kita marahkan tu orang dewasa yang bodoh tahap memerang. kalau ada yang terasa minta maaflah, tapi nanti pesanlah pada rakan2 dewasa yang lain tunjuklah contoh yang baik pada kami yang budak2 baru nak belajar supaya nanti kami reti macam mana bezanya orang dewasa bodoh dan pandai. kah kah kah!

aras nura berkata...

dalam konteks ini tiada siapa yang terasa.saya sekadar berdoa agar ketika kita nanti,lahirnya dewasa yang belajar dr sejarah,bahawa pemimpin itu janganlah bodoh terkangkang,tahap memerang...

kadangkala kita perlu bersyukur jua..

kalaulah dewasa hari ini tidak jadi ibarat memerang,kita yg muda ini takkan tahu maksud bodoh tahap memerang..

asaddulkalantani,Allah yubarik fik! man jada wa jada wa man zaro'a hasada!

AbEsA berkata...

baiklah kalau begitu nanti kita sama-sama dewasa jangan jadi bodoh tahap memerang macam orang zaman sekarang kan ciknura?

aras nura berkata...

ahah,lebih tepat begitu.pemimpin kita memang kebanyakan bodoh sebab letak Islam bawah tapak kaki..

tapi abesa silap satu..

mereka tu lebih bodoh dari memerang.

aras nura berkata...

dan,emm,kita tak sabar menanti Bahagian Bodoh nombor 6.