Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2010

Selamat semua...(beberapa post menarik juga!)


Hari ini tidak ada entry provokatif tentang politik orang melayu atau perpaduan rakyat Malaysia yang semakin rapuh.

Hari ini juga saya tidak akan menulis tentang perasaan prejudis saya terhadap alim ulama. Jangan marah! Kalau tok-tok guru boleh sahaja ada perasaan prejudis sedemikian terhadap mat-mat rempit atau bohsia kenapa saya tidak boleh terhadap mereka?

Oh jangan salah faham, saya bukanlah anti ulama, Tok Guru Nik Aziz saya hormat juga. Cuma perasaan saya kurang senang apabila agama dan Tuhan terlalu lama sudah menjadi hak eksklusif orang berjanggut dan ketayap. Sampaikan pelacur belakang lorong takut bercakap soal iman.

Hari ini saya mahu mencari orang-orang yang berjiwa seni dan free. Saya mahu berkawan dengan orang seperti Kak Min (yasmin Ahmad) atau Amir Muhammad. Kalau ada marilah kita berkawan!

Amir muhammad menulis sesuatu yang amat menggembirakan hati huhuhu, cuba baca (di sini)

Kak Min, saya rindukan post blog nya.

Ahad, 23 Ogos 2009

AKu berlari dalam awan...!!!

tunggu duit DBP masuk akaun sebelum saya belanjakan di ALAManda hahaha!!!

Kredit untuk yuna dan zee avi yang buat saya tak lekang dari earphone huhu

-kak rasyidah cakap owang kuat majok ek... takpe takpe..
waaaaa!!!!!!!

ekau dongarlah eh lagu dio sampai lobam cuping telingo...



Sedang berlari di awanan....

Khamis, 20 Ogos 2009

Tentang perasaan bersalah...

Apabila saya ditegur beberapa rakan tentang post melampau lancang kadang-kadang terbit juga rasa bersalah dalam DIRI!

Tetapi kemudian apabila saya MEMIKIRKAN


ADILKAH BAHAWA JIKA SAYA NYATAKAN PERASAAN BERSALAH ITU SEDANGKAN ORANG SEKELILING MASIH DENGAN KEBODOHANNYA!

jadi siapakah yang kurang bijak, kerana saya yang masih kanak-kanak sungguh perlukan jawapan dari orang-orang yang kononnya DEWASA itu tetapi ketara amat kekurang bijakannya supaya dapatlah saya membesar menjadi dewasa yang bijaksana.



Rabu, 19 Ogos 2009

Orang Dewasa memang BODOH tahap memerang 2...Kah kah kah


INILAH CONTOH ORANG DEWASA YANG PANDAI..!

Rezeki baulu Mahanum


mahanum berjaya menyekolahkan anaknya sehingga ke peringkat tinggi dengan rezeki baulu.


SEBUAH motosikal berhenti di bengkel menghasilkan baulu dan mengambil beberapa bungkus baulu dan wang beralih tangan.Penulis terpegun seketika melihat kaedah pemasaran tanpa perlu menjaja di gerai atau menghantar produk ke kedai.

"Biasanya lebih ramai yang suka datang sendiri untuk membeli baulu di sini.

"Cara ini lebih mudah dan saya tidak perlu mengeluarkan belanja menyewa tapak jualan," kata Mahanum Mhd Shah, 48, semasa ditemui di bengkel baulu di Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor.

Segalanya bermula kerana pendapatan suami yang tidak seberapa menyebabkan beliau tidak hanya leka dengan tujuh orang anaknya yang mula meningkat remaja tetapi mula terfikir untuk membantu bagi meringankan beban suami.

Memikirkan keluarga yang memerlukan perbelanjaan tambahan, Mahanum terfikir untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau mula dengan menjual nasi lemak dan burger di depan rumah kerana Mahanum masih boleh menjaga ibu yang sakit dan beliau kemudian beralih membuat baulu semasa musim perayaan.

Bermodalkan RM200 hingga RM300, Mahanum membeli peralatan asas seperti acuan baulu dan dapur serta bahan mentah seperti tepung, gula dan telur.

"Pada mulanya saya usahakan membuat baulu menggunakan dapur arang dan secara kecil-kecilan untuk di jual pada jiran-jiran sekitar sini," katanya.

Ibu kepada tujuh orang anak yang gigih mengusahakan baulu di dapur rumah di kemudiannya beralih ke beranda rumahnya apabila permintaan terhadap baulunya semakin menggalakkan.

Tidak pernah mengenal erti putus asa, Mahanum meneruskan usahanya tanpa bantuan sesiapa sehinggalah seorang rakannya Zainon Ariffin membawanya ke Jabatan Pertanian bagi mendapatkan khidmat nasihat.

"Di sana saya mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian di Kalumpang selama empat hari mengenai baulu dan kek secara moden," katanya.

Semasa kursus di Jabatan Pertanian, beliau mempelajari cara mempelbagai produk baulunya seperti baulu ikan emas emas bersaiz besar dan sederhana.

Selain itu, Mahanum juga menghasilkan baulu dengan menambah perisa seperti kapucino, pandan, coklat rice, oren dan strawberi serta muffin, kek gula hangus dan baulu kemboja


HABIS LAH NAJIB TAK MASUK SYURGA....!

YUSUF AL QARADHAWI PUN TAK MASUK SYURGA KAH...!!!

LAGI SALAHUDDIN AL AYUBI PUN TAK MASUK SYURGA....!!!

SEBAB ZAMAN MEREKA PAS TAK KELUAR BORANG PENDAFTARAN AHLI LAGI....

PARAH...PARAH...

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.

BAHAGIAN BODOH 6: daripada sibuk menghabiskan duit minyak pergi dengar ceramah politik nanti lebih baik kita tanam lada banyak-banyak di rumah. Biarlah orang dewasa dengan kebodohannya.

Sasaran 40,000 Tan Menjelang 2020 Melalui Jenama Lada Sarawak

KUCHING, 4 Julai (Bernama) -- Industri lada, melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) ingin menempatkan jenama lada Sarawak sebagai tanda aras produk dan perkhidmatan untuk pasaran khusus diperingkat global dengan sasaran hasil pengeluaran 40,000 tan pada 2020.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin berkata adalah wajar untuk turut meningkatkan hasil ke satu tahap yang lebih tinggi daripada 20,000 tan sekarang selaras dengan perkembangan penggunaan lada di peringkat global.

"Dalam industri ini, saya berpendapat masih banyak potensi dari segi peluang meningkatkan produktiviti di peringkat ladang, inovasi produk dan kepelbagaian penggunaan lada boleh diterokai bagi meningkatkan permintaan dan seterusnya memperkasakan (industi ini)," katanya pada majlis anugerah industri lada Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berkata jenama lada Sarawak, yang merupakan produk pertanian negara pertama berjaya mendapatkan penjenamaan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), adalah satu kelebihan kepada produk lada negara.

Kini 90 peratus daripada 67,000 pekebun lada di negara ini adalah dari Sarawak, diikuti Johor, dengan eksport lada menyumbangkan perolehan wang asing melebihi RM5 billion sejak 1970'an hingga tahun lepas.

Dari segi pasaran eksport, Hamzah berkata, produk lada negara ini telah berjaya dieksport ke 43 negara, termasuk pasaran khusus, manakala Malaysia tidak lagi bergantung kepada negara ketiga sebagai pengimport.

"Sebalinya kira-kira 80 peratus daripada lada kita dieksport langsung ke negara pengguna, seperti Jepun, China dan United Kingdom," katanya.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM119 juta untuk dilaksanakan oleh MPB, termasuk RM75 juta di bawah program peningkatan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil (5P) lada dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan.

Kerajaan, yang juga peka dengan cabaran yang dihadapi oleh industri lada, terutamanya oleh pekebun kecil disebabkan kenaikan kos input pertanian, termasuk harga baja, akan terus menggalakkan penggunaan amalan pertanian baik (GAP) sebagai langkah jangkan panjang, katanya.

Pada majlis itu, Seow Chee Lian dari Kota Tinggi, Johor memenangi Anugerah Industri Lada Malaysia (Kategori Pekebun Berinovasi/Berjaya), Rita Tamot Mandeng dari Kampung Daha Kiasau, Serian dekat sini (Kategori Usahawan Jaya), Syarikat Syn Ming Kong Sdn Bhd dari Kuching (Kategori Pengeksport Terbaik), Syarikat Hajah Maskinah dari Mukah (kategori Inovasi Produk) dan Lanak Ramba dari Ulu Kanowit,Julau (Anugerah Khas).

-- BERNAMA

Khamis, 13 Ogos 2009

Orang Dewasa memang BODOH tahap memerang!

Peruncit Melayu pupus?-Utusan Melayu

PETALING JAYA 12 Ogos - Kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.

Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.

Syed Ali berkata, peniaga runcit khususnya golongan Melayu tidak mampu lagi meneruskan kelangsungan operasinya setelah lebih 40 peratus jualan dalam pasaran dikuasai oleh pasar-pasar raya besar.

''Keadaan ini mungkin tidak berlaku sekiranya kerajaan mengawal penubuhan pasar-pasar raya besar di negara ini khususnya di bandar-bandar.

''Sekarang, yang menanggung akibatnya adalah peniaga kecil Melayu yang hanya mampu meraih pendapatan tidak lebih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

''Sedangkan, pasar-pasar raya besar mampu meraih jualan sebanyak RM1 juta sehari,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan peniaga runcit itu terpaksa bergantung kepada pasar-pasar raya berkenaan untuk mendapatkan bekalan barang kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai borong.

''Kita ambil contoh, kalau peniaga membeli barang A dengan harga RM1 di pasar raya, sudah tentu dia akan menjual semula pada harga RM1.10.

''Jadi, macam mana peniaga hendak menjual barangan mereka kalau harga di pasar raya jauh lebih murah daripada kedai runcit?,'' tambah beliau.

Syed Ali berkata, disebabkan masalah ini, perniagaan tersebut bukan lagi menjadi gelanggang perniagaan di kalangan kaum Cina, yang kini beralih kepada pasar-pasar mini.

Beliau berkata, dalam usaha menangani permasalahan itu DPMM telahpun mengusulkan cadangan dalam bentuk kertas kerja kepada kerajaan.

Katanya, kertas cadangan itu telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop empat bulan lalu.

Antara cadangan DPMM termasuk mahukan kerajaan memberi inovasi dan kreativiti baru kepada perniagaan tersebut dengan mengambil kira teras model ekonomi baru yang memberi fokus meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil.

Ini termasuk mewujudkan pusat borong bersepadu, gudang dan sistem pengurusan inventori untuk golongan berkenaan.

''Kita masih menunggu jawapan daripadanya. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, peniaga runcit akan lenyap,'' ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan agar kerajaan menghalusi cadangan itu bagi menyegerakan usaha membantu masalah perniagaan runcit Melayu yang semakin tenat.

Presiden DPMM itu juga melahirkan rasa kecewa kerana para pelabur asing diberi hak untuk memonopoli perniagaan peruncitan di negara ini dalam segala aspek.

Beliau mempersoalkan kewajaran pemilik-pemilik pasar-pasar raya besar di negara ini yang dibenarkan menyewa premis dan kiosk di dalam pasar raya pada kadar yang tinggi kepada peniaga tempatan.

Syed Ali berkata, di luar negara pun, pasar-pasar raya tidak dibenarkan beroperasi di bandar besar tetapi di Malaysia hampir setiap bandar dan pekan ada pasar raya.

Bahagian BODOH 1: Sebab dahulu masa kita kecik-kecik mereka asyik hentam kepala kita jangan bergaduh sama budak berebut coklat 20sen. Tapi bila kita hari-hari baca surat khabar mereka pulak yang asyiknya bergasak nak naik kerusi pemimpin.

Bahagian BODOH 2: Dahulu bila kita bercakap dengan Mak Cik Jah Leha yang asyik dengki dengan Mak Su Timah sebab dia lagi banyak barang kemas bergantungan macam anjing kurap, mereka kata dengan nada orang dewasa (sampai kita terpinga-pinga macammana nada orang dewasa bezanya dengan nada budak-budak) sambil tergelak memang orang Melayulayu itu sifatnya berdengki sesama manusia.

Bahagian BODOH 3: Tetapi mereka juga yang asyik berhimpun berpekik terlolong macam lotong memanggil babi hutan meminta makanan (H1N1?). Kalau nak berhimpun janganlah ajak kami budak-budak macam-macam dikecam kerajaan seolahnya kita ini langsung BODOH macam kalian.


Bahagian BODOH 4: Daripada kita berhimpun macam kera lebih baik bangunkan industri desa, memikirkan macam mana nak bangunkan ekonomi bukan asyik menuding salah itu dan ini macamlah mereka pandai sangat memerintah negeri, kalau tidak sudah lama dipilih rakyat mendapat mandat.

Bahagian BODOH 5: Inipun satu hal, kenapa dikecam Anwar Ibrahim pengkhianta bangsa kalau alasannya tak setia kepada Melayu habis yang mereka dalam UMNO itupun berapa ramai yang pernah jejak ke rumah orang kampung yang setiap pergi memangkah setiap kali PRU.

Bahagian BODOH 6: nantilah kita sambungkan...

nota Kaki sebab kakimu semerbak sabun Daisy: Utusan tak seperti dulu, kata Sin Chiew Jit Poh makin rasis beritanya yang seolah membangkitkan amarah Melayu, provokasi senyap rasanya tindakan kurang tepat bilamana sekarang perpaduan semakin meruncing. Orang dewasa punya kerjalah ni.

Isnin, 1 Jun 2009

Bertemu tuhan di Jalan Sultan Ismail Petra

Bertemu tuhan di Jalan Sultan Ismail Petra

Iya, benar ya dong cumanya belum sampai waktu. Nanti juga saya ceritakan...

(Ini negara demokrasi, jangan ribut-ribut!)






Sabtu, 11 April 2009

Demo lagu mano?


Lamo doh tok tengok waye kulit, sapa de bejupo so jadi melekak sunggoh tengok. Mugo baghe jaghe nok jupo tu gak. Oghe sibok dok bekecek pasa Pah nga umNO sapa tok ingak hok asali kito ni oghe Kelate belako, rakyat Rajo belako.

Waye kulit ni sebenanyo, kalu ikut hok ambo bulih la. Tidoklah sekodar maing waye jah, mugo hok sebena-benanyo ado bendo hok dio nok ghoyak. Misale maso ambo tengok ceghito dio nok bejupo denga sang Tunggal Utamo.

Sang Tunggal Utamo tuh, mengikut ceghito tok leh nok lihat denga mato pandange, nescayo buto mato. Pahtu banyok lagi la sifat kejadie hok ambo pung malah nok ceghito mugo dok raso-raso tok abih nok ceghito.

Tahu! Tok gheti doh eh nok ceghito, kalu nok tahu jugok gak kena tengok sediri la.

Isnin, 26 Januari 2009

Bulan dan Sapardi

Semenjak dua tiga hari ini, puisi Sapardi Djoko Damono begitunya menyihir saya. Bulan dala mimpi tidak lagi sepi walaupun malam meninggalkan dia dari matahari. Yang kejam adakah hari atau waktu, atau mungkin juga matahari tidak pernah setia. Sungguh dalam mimpi saya bulan selalu resah.

Puisi sapardi begitunya menyihir saya.

Bertanyakan tentang daun yang gugur kata Pak Samad, atau burung yang terbang senja.

Puisi sapardi membuatkan saya bertanya lagi tentang alam, serakan cahaya pada darah burung yang ditembak atau gadis yang sejarahnya pada angka nol.

Lalu saya lahir dengan puisi bunga dan angin serta alam.

Kerana sapardi menaikkan persoalan saya, sungguh Bulan itu pesona.


Ombak:

ombak yang menjamah pantai dikakiku
benarkah begitu setia
kerana pantai diseberang sana
dicumbuinya juga

Sabtu, 23 Ogos 2008

Surat rasmi

Muhammad Faisal Mat Zawi,
Penulis bebas,
No. 20, Batu Lada,
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.


Mohd Ikhwan Bin Ahmad Zhaki, 19 Ogos 2008
Alumni Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

Akhi,

Penubuhan organisasi khusus buat penulis muslim SBP

Perkara di atas dirujuk.

2.Lewat kebobrokan dunia hari ini membuatkan saya terpanggil untuk menyeru kepada pihak saudara berkenaan penubuhan sebuah badan bebas yang bernaung di bawah panji gerakan pelajar Islam menggunakan lapangan penulisan sebagai wasilah untuk menyorotkan sinar Islam.

3.Bidang penulisan telah lama diakui para budayawan sebagai penujah kepada sistem perkembangan bahasa dan budaya yang memberi impak besar terhadap lapangan hidup. Masyarakat dunia umumnya yang menghabiskan purata 5 buah buku setahun menerima kesan langsung daripada perkembangan penulisan.

4. Sedikit masa lalu kemunculan The Da Vinci Code sedikit menggoncang perdu akidah penganut kristian dengan teori-teori arbitrarinya yang jelas membuatkan mereka skeptikal biarpun jelas Dan Brown hanya melarik tinta dari sisi kualitatif mindanya. Salman Rushdie yang baru menerima darjah kebesaran dari Ratu Elizabeth pernah menjerkah dunia. Novelnya yang menimbulkan polemik panjang dalam kalangan sarjana Islam, The Satanic Verse mula menyedarkan kalangan intelektual muslim berkenaan pengaruh karya penulisan masyarakat.

5.Tokoh penulisan Ikhwanul Muslimin, Syed Quthb dengan Tafsir fi Zilalil Quran telah membawa dimensi baru dalam menafsirkan Quran lewat abad ke dua puluh. Al-A’dalat Al-ijtima’iyyah fi al-Islam telah membuka mata sekalian banyak pihak berkenaan keadilan sosial dalam Islam sekaligus membidas tulisan para orientalis barat yang memberi cerminan hapista kepada umat Islam.

6.Pengaruh media yang dikuasai barat ternyata menjadi masalah yang menghantui dunia Islam. Dengan kuasa media di tangan mereka, tidak ubah seperti memegang layar kapal yang mempengaruhi persepsi dunia terhadap apa sahaja yang mereka utarakan. Justeru dalam memerangi bibit Islamophobia yang mereka semaikan dalam jiwa masyarakat dunia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menguasai pula lapangan penulisan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Al-Qalam ayat dua, menurut Syed Quthb bahawa siapa yang menguasai penulisan maka dia menguasai ilmu pengetahuan.

7.Penubuhan persatuan penulis muslim tersebut serta segala gerak kerja dan organisasinya terserahlah kepada pihak APIS untuk mencorakkannya.

8.Akhir kata saya memetik ungkapan Asy-Syahid Syed Qutb, “dunia ini sedang melalui beberapa revolusi budaya dan pencarian tiada akhir sebuah alam dan sistem kehidupan yang seimbang. Selepas beberapa abad dengan penyelidikan dan eksperimen dan menemui kekecewaan dengan dunia materialistik – ‘aqidah yang benar dan sistem sosial yang adil yang dicari sekian lama oleh penghuni dunia ini, cumalah boleh diperolehi melalui naungan Islam. Hakikat ini senang dihuraikan kepada dunia yang bersedia menerimanya, tetapi apa yang perlu sebelum daripada itu ialah perubahan masyarakat Islam itu sendiri.”

Sekian untuk makluman dan tindakan, segala kerjasama dan respons positif amat diharapkan dari pihak saudara.




“demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan” <68:2>

Muhammad Faisal Mat Zawi,
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
http://assadulkalantani.blogspot.com
Mantan Perkampungan Penulis Muda Kementerian Pelajaran Malaysia 2008
No. 20, Batu Lada,
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.

No. Tel: 017-2387944

(ini adalah salinan surat kepada APIS, jadi saya menyeru kepada mana-mana pelajar Islam yang berbakat dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penulisan kreatif dan ilmiah untuk menghubungi saya)

Khamis, 12 Jun 2008

Selamat hari lahir Sal Abesa

Hari ini hari lahir saya. Tiada yang istimewa. Cuma saya ingin coretkan rasa terima kasih kepada ikhwah-ikhwah. Saya tidak pernah menyangka kalian prihatin akan diri saya. Meski tiada hadiah yang besar, cuma tinta yang dilarik pada sekeping kad murah. Harganya tetap mahal pada hati saya. Terima kasih (sekadar menyebut beberapa nama) fawzan, afif, luqman, zuhdi, fahmi, amir, fadhil, ariff, syafiq, dan semua yang lain.

Menjawab Kekeliruan

Sudah saya jangka. Berbagai maklum balas dan respons yang saya terima daripada pembaca. Ada yang menempelak tidak kurang menyokong.

Ini bukan artikel seperti biasa yang saya tulis. Ini mungkin lebih kepada pemberitahuan untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul lewat artikel saya 'Melayukah Mahathir?'

Perkara pertama yang saya ingin jelaskan. Mengenai pendirian politik saya. Saya berprinsip pada politik non partisan. Benar kata SM Zakir. Semua parti itu sama sahaja.
Fokus utama saya pada artikel itu sebenarnya bukanlah pada persoalan kemelayuan mahathir yang ditimbulkan.

Saya sudah nyatakan bukan? Artikel itu merupakan satu daripada siri artikel saya 'Falsafah yang kian Punah'. Berbalik kepada artikel tersebut. Ramai pembaca yang samada membaca secara sepintas mungkin kemudian membuat tafsiran kurang tepat.

Siri artikel 'falsafah yang kian punah' merupakan lontaran suara jiwa saya pada bangsa Melayu. jadi dalam setiap siri saya akan membangkitkan persoalan orang Melayu dalam setiap aspek.
Artikel melayukah mahathir isunya sebenarnya bukan pada mahathir. tapi pada pemikiran orang Melayu itu sendiri yang jumud (mungkin kerana itu ramai yang kurang menghadam mesej saya barangkali).

jangan lekas melatah, bukankah melayu itu bangsa yang tinggi falsafah seninya? Cuba selami suara hati saya. Saya tidak bermaksud untuk mempertahankan mahathir pada tindakannya itu.
Kerana fokus saya lewat artikel itu ialah mengenai KEPATUHAN ORANG MELAYU PADA PEMIMPIN, BIAR BERPADA-PADA. KERANA KITA BUKAN KERBAU YANG DITARIK-TARIK HIDUNGNYA KEHULU KEHILIR .

Saya mengambil mahathir sebagai perbandingan kerana kurang ajarnya pada majlis raja-raja itu satu tindakan Melayu yang tepat pada falsafah. Cuba teliti kembali dialog Demang Lebar Daun dalam artikel itu.

Lihat pula Hang Tuah. Kepatuhan pada sultan hingga membunuh Jebat. Sedangkan mereka berteguh janji setia sehidup semati. Jebat derhaka pada raja kerana setianya pada Tuah. Tuah khianat pada jebat kerana setianya pada raja.

Jelas? Saya tahu ramai yang agak emosi dengan artikel itu. Fikir-fikirkanlah...