“saya kecewalah jika nilai rakyat Kelantan hanya boleh dinilai dengan pohon depu,kalau nak kami boleh hantar pakar-pakar kami untuk membantu!”ucap naib ketua pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin dalam nada menyindir ketika ditemu bual dalam satu majlis.Kata-kata sindiran terhadap kerajaan Pas kedengaran begitu pedas di telinga saya.Tulisan saya kali ini bukanlah bermaksud untuk mengecam mana-mana pihak jauh sekali meghina kerajaan pusat,tetapi kalau kalau ini pun dianggap sebagai menyelar kerajaan nampaknya masyarakat perlu berfikir kembali dalam pilihanraya umum.Susur galur keluarga saya tidak lepas dari diwarnai riak-riak politik tanah air,saya sendiri terdedah kepada suasana politik sejak dari umur 6 tahun.Ketika rakan saya asyik membicarakan rancangan kartun di televisyen saya telah pun didedahkan dengan gerakan reformasi,perhimpunan 100 000 rakyat,kes khalwat Mat Sabu,Angkatan Perpaduan Ummah dan segala macam lagi senario politik antara tahun1980an hingga akhir 1990an.
.Ini sedikit sebanyak membantu saya untuk berfikir sedikit advance daripada rakan sebaya di Kelantan terutamanya dalam arena politik.
Arwah datuk saya(semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) merupakan ketua cawangan UMNO bahagian,manakala bapa saya sendiri setiausaha UMNO cawangan.
Jadi tidak keterlaluan jika saya katakana yang keluarga saya merupakan penyokong kuat UMNO.Namun itu tidak bermakna saya juga menyanjung kerajaan pusat atau mengecam kerajaan Pas.Saya lebih suka mengambil sikap berkecuali dalam hal ini.
Berbalik kepada ucapan Khairy tadi,apa yang saya persoalkan adalah kenapa kata-kata yang sebegini boleh terpacul daripada mulut menantu perdana menteri yang terkenal dengan sikap keterbukaan dan ramah(Pak Lah).
Suka saya untuk mengingatkan kembali sejarah politik kelantan.Sejak merdeka hingga tahun 1980an,Kelantan sudah menukar kerajaan sebanyak EMPAT kali.Bayangkan betapa demokratisnya kami!Rakyat kelantan dikenali oleh pengamat politik tempatan sebagai rakyat yang ada ‘kuasa rakyat’ dalam erti kata sebenar.Pas pernah ditolak pada tahun 1978 tetapi pada tahun 1990 UMNO tumpas tanpa memenangi sebarang kerusi pun!Dalam buku tulisan Wira Sakti menyebut “Rakyat kelantan bukan sahaja mampu menumbangkan kerajaan secara demokrasi malah dapat juga menumbangkan kerajaan yang tidak disenangi tanpa melalui demokrasi,yang mana kerajaan pusat pernah memerintah secara ‘darurat’ iaitu kerajaan negeri langsung kehilangan kuasa.”Begitulah ajaibnya rakyat Kelantan.Bagi yang bukan anak jati Kelantan mungkin mencari punca dalam pandangan yang berbeza terhadap keadaan ini.Jadi kalaupun kerajaan Pas bakal tumbang dalam pilihan raya umum nanti,mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menawan kembali Kelantan.
Tok Guru Nik Aziz
Satu-satunya menteri besar yang pernah mengimamkan rakyat pimpinannya di stadium dalam majlis solat hajat di Malaysia serta menteri besar yang berserban(Ulama’)di Malaysia.Saya mengenali beliau(lebih mesra dengan panggilan ‘tok guru’)sejak daripada peristiwa reformasi 1998,bukan sahaja sebagai seorang menteri besar tetapi seorang ulama’ yang begitu prihatin terhadap pembangunan islam,jawatannya sebagai mursyidul am Pas tidak menghalang untuk bersikap merendah diri ketika bertemu ulama-ulama tempatan.Mungkin ramai non-kelantan di luar sana melihat beliau sebagai menteri besar yang kolot dan gagal dalam menerajui pimpinan.Namun satu fakta jelas ialah beliau dihormati oleh segenap masyarakat kelantan,dan suatu hakikat ialah rakyat kelantan tidak melihat Nik Abdul Aziz sebagai seorang menteri besar tetapi sebagai seorang ulama besar.Jika anda pernah bertemu dengannya serta berpeluang bercakap tentu anda akan terpegun dengan peribadinya yang mesra serta gemar berlawak ini.Ulama yang telah mencorakkan pemikiran islami kepada generasinya.
Kerajaan pusat
Umum melihat Kelantan sebagai negeri yang paling mundur di semenanjung.Suka saya untuk membawa anda kepada factor sebenar kepada ‘kemunduran’ ini.Pas memerintah kelantan sekitar 17 tahun berikutan kemenangannya dalam pilihanraya umum 1990.Namun dalam tempoh itu tidak banyak kemajuan yang direncanakan.Lihat pula Terengganu,tidak sampai 10 tahun,berbagai-bagai pembangunan digembar-gemburkan.Satu hal yang jelas yang tersirat sebenarnya betapa kerajaan telah menggunakan segala macam saluran untuk mengelakkan tumpuan rakyat kepada Kelantan.Utusan Malaysia,RTM dan segala macam lagi saluran media seolah-olah disekat untuk mempromosikan Kelantan,seolah-olah dalam diam rakyat Malaysia ditegah untuk melancong ke Kelantan.Betapa ajaibnya terengganu ketika di bawah kerajaan pas seolah-olah tidak ada daya tarikan,tetapi setelah BN memperoleh kemenangan tiba-tiba sahaja muncul manusia-manusia asing menjadi hero dalam merencanakan pembangunan kepada terengganu.Kemudian dicanangkan yang betapa orang BNlah yang tahu membangunkan negeri,secara tidak langsung mereka menjadi wira kepada rakyat terengganu.Persoalannya mengapa bantuan kewangan yang sedemikian tidak diberi kepada kerajaan Pas ketika itu,adakah kerana imej islamik mereka kerajaan pusat skeptical dengan kemampuan orang agama untuk membangunkan negeri?.Umum mengetahui untuk membangunkan negeri aset penting adalah duit.Dalam hal ini,wajarkah Nik Aziz dipersalahkan jika kerajaan pusat yang liat untuk memberi bantuan kewangan(mungkin selepas ini mereka menafikan dengan ECER).Saya mengajak anda berfikir kenapa setelah era Pak lah mengetuai kabinet barulah kerajaan ingin memberi bantuan kepada Kelantan(ECER). Jadi sebenarnya jelas kerajaan sedikit tidak adil kepada kerajaan pembangkang.Satu peristiwa menarik yang saya ingin kongsi,ketika kerajaan Pas meluluskan undang-undang untuk mengompaun(RM200)wanita yang tidak menutup aurat di tempat kerja,Dato’Sharizat Abdul Jalil menentang keras kerana dakwanya undang-undang tersebut keterlaluan terhadap kaum wanita,yang melucukan apabila undang-undang Allah boleh pula dicabar oleh hamba di parlimen(negara Islam?) ciptaan manusia.Adakah menteri pembangunan WANITA keluarga dan masyarakat ini ingin membela wanita-wanita fasik yang mendedahkan aurat di mahsyar nanti?Apa nilai rm200 dengan azab Allah?
Masinnya Budu
Jadi kepada rakyat Malaysia luar Kelantan,sebelum anda membuat apa-apa penilaian terhadap kerajaan Pas saya mengajak anda untuk berfikir sebelum berkata atau menulis.Seperti kata ibu saya,kita tidak akan tahu masinnya budu selagi kita tidak merasanya.jadi kepada Khairy,sebelum anda mengecam kerajaan Pas,saya minta anda menilai kembali siapa anda,ulama itu warasatul anbiya’(barangkali dia lupa).Juga kepada rakyat Malaysia,rasalah masinnya budu itu sebelum anda menilai rakyat kelantan,dan anda tidak akan merasa kemasinan budu seperti mana rakyat kelantan rasa,kesimpulannya jangan menghakimi kelantan dari perspektif anda,sepertimana kita mengenal Tok Janggut sebagai pejuang tetapi sejarawan barat menilai beliau sebagai pemberontak begitulah kiasan mudah untuk anda menilai kelantan dalam konteks rakyat kelantan.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
Khamis, 29 November 2007
RASALAH MASINNYA BUDU
roaring rant: AbEsA pada Khamis, November 29, 2007 1 comments
pada kategori: Keluhan rasa
Isnin, 26 November 2007
TELADAN DARIPADA RUMPUT
Perjalanan pulang ke negeri tercinta selepas memerah otak dan keringat di ibu kota benar-benar saya nantikan.Masa selama lebih kurang enam jam di atas bas ekspres menuntun hati sebentar untuk berfikir.Berfikir mengenai mengenai hidup dan arah tuju saya,dan kadang kala wajah-wajah manusia kampung menerjah ke kotak fikiran.Namun apa yang lebih menarik perhatian saya dalam perjalanan sejauh lebih kurang 300 km itu ialah kehadiran rumput dan semak samun di kiri kanan jalan.Sememangnya jika anda memandu dari Kuala Lumpur ke pantai timur melalui Lebuh Raya Karak tumbuhan hijau inilah yang akan menemani perjalanan.
Dari Merapoh ke Gua Musang mata saya tidak lepas dari memandang rumpun hijau dari balik cermin gelap bas.Lalu saya terfikir,betapa hebatnya rumput.Rumput hampir kita temui dimana sahaja ceruk bumi.Padang pasir yang membahang hingga ke gunung yang tak pernah dikunjung orang.Allah s.w.t. menciptakan rumput dalam keadaan yang sungguh hebat.Sifat survival yang ada pada rumput membolehkannya untuk bertahan dan terus hidup dalam keadaan yang paling terdesak.Bagaimana tuhan menciptakan rumput yang sering kali kita abaikan supaya menjadi sebagai satu pengajaran kepada manusia.
Allah menciptakan kita dalam keadaan yang berbagai suku dan bangsa yang dipisahkan oleh sempadan budaya dan bahasa.Seperti dalam lirik Laskar Cinta”bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita,dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda,bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati”.Jadi dalam setiap penciptaan itu ada hikmah disebaliknya.Begitulah halnya rumput.Tuhan tidak menciptakan saya dan anda serta rumput untuk sia-sia melainkan ada tujuannya.
Kita lihat rumput terpaksa bersaing dengan tumbuhan lain untuk terus hidup.Namun rumput tidak pernah mengalah.Saya sendiri mengenal rumput sebagai satu tumbuhan yang sukar untuk dinyah dari laman.Walau dirinya tidak diendah jauh sekali dihargai namun rumput tidak menjadikan ia satu alasan untuk ia mati dan kering.Kerana rumput sedar yang dirinya ada tanggungjawab yang diberi oleh Ilahi.Meskipun tugas itu hanya sekadar penyeri laman.Walau diri dipijak-pijak dan terus diracun namun rumput tetap berusaha untuk menegakkan pucuknya kearah langit biru demi sinar mentari yang tak pernah mungkir.Meski dalam kepayahan rumput tetap berjaya dalam survivalnya.
Persoalan yang saya ingin kemukakan sebenarnya adalah pengajaran yang boleh kita peroleh daripada rumput.Jadi kepada para dai’e contohilah survival yang ditunjukkan rumput.Memang ada diantara kita yang menggunakan metode yang berbeza namun seperti rumput,kita sama oleh kehijauan klorofil islami jadi walau di ceruk mana sekalipun kita dicampak jangan lekas putus asa.Kuatkan jati diri supaya kita mampu membenamkan akar islami kemana sahaja kita pergi dan seterusnya menghulurkan pucuk kemegahan Islam ke langit globalisasi dan seterusnya membuahkan generasi yang ada mahabbatullah dalam diri.Dengan itu kita bukan sahaja menjadi rumput bahkan pokok rendang yang mampu memberi teduh kepada masyarakat,dan sehingga kini baru saya sedari yang peluang menaiki bas ekspres selama ini telah saya sia-siakan kerana baru kini saya mendapat pelajaran yang berguna dari rumput dan baru kini juga saya sedari kebenaran firman Allah
“Sesungguhnya di langit dan di bumi ada beberapa ayat(tanda-tanda kekuasaan Allah)untuk orang-orang yang beriman”<45:3>
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Isnin, November 26, 2007 1 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Khamis, 22 November 2007
Tukul dan Pahat
Beberapa hari sudah TV3 ada menyiarkan berita berkenaan dengan penipuan yang dilakukan oleh agensi mencari pekerjaan di negara ini.Lalu kecohlah disana sini sekalian pihak berbicara mengenai pihak yang harus dipertanggungjawabkan.Kementerian yang berkenaan pun mulalah membuka kata.Selang beberapa hari keadaan kembali senyap.PBT pun membisu.Persoalan timbul di hati masyarakat.Apa sudah jadi?Jelas sekali keadaan yang berlaku menggambarkan yang kita sebenarnya masyarakat ‘pahat’.Beberapa lama dahulu ketika negara dikejutkan dengan peristiwa Nurin Jazlin,banyak pihak tampil dengan beberapa langkah solusi,beberapa akta dituntut supaya diperbaharui,pelbagai kempen diadakan,kemudian senyap.Selepas itu timbul pula isu keselamatan penumpang feri berikutan kemalangan feri di Langkawi dan Johor.Kerajaan mewajibkan penumpang untuk mendaftarkan diri sebelum menaiki feri.kemudian senyap.Selepas itu timbul pula isu kebanjiran pekerja asing di negara kita yang menimbulkan kebimbangan di hati sekalian rakyat.Negara hangat dengan pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh segenap lapisan masyarakat berkenaan masalah tersebut.Kemudian isu tersebut terkubur begitu sahaja.
Sekadar beberapa contoh saya kemukakan cukup bagi saya untuk menjadi bukti yang orang di Malaysia umpama pahat dengan tukul.Kita lihat bilamana timbul sahaja suatu isu barulah semua pihak ingin tampil menonjolkan keperwiraan masing-masing dalam membela nasib yang teraniaya.Tetapi timbul pula satu persoalan,adakah jika pihak media tidak membuat pendedahan maka pihak berwajib tidak bertindak?Jadi apakah yang dilakukan oleh mereka selama perkara itu tidak diuar-uarkan oleh media?Atau sengaja menunggu sehingga perkara menjadi heboh barulah mereka tampil untuk menjadikan keadaan lebih dramatik untuk mencari publisisti murahan.
Saya hanya mewakili sekelompok kecil penduduk Malaysia yang sedih melihat ‘sindrom pahat’ melanda pihak berkuasa negara kita.Seolah-olah mereka bertindak atas dasar laporan media semata-mata.Mengapa hal sebegini melanda negara yang telah mencapai kemerdekaan 50 tahun sudah.
Usia kemerdekaan nampaknya langsung tidak mematangkan cara bekerja rakyat Malaysia.Jikalau kita mampu memiliki jambatan ketiga terpanjang di dunia,gunung tertinggi di Asia Tenggara,dan berbagai lagi mengapa perkara sekecil ini tidak mampu kita atasi,ataupun dek kerana besarnya gunung Kinabalu itu kita seolah-olah tidak nampak kepincangan dalam etika kerja masyarakat Malaysia.Namun demikian saya tidak pula berpendapat yang satu-satu isu harus dipanjang bicarakan tetapi apa yang saya persoalkan ialah apa yang terjadi kepada tindakan dan langkah yang diambil seolah-olah terkubur sekali dengan isu tersebut.Juga disebalik kerancakan pelbagai wilayah pembangunan yang direncanakan kerajaan pusat seperti ECER,WPI dan lain-lain mengapa masih ada di kalangan warga Malaysia yang tercicir dari kemajuan yang dicapai.
Sekali lagi persoalan yang timbul dimanakah menghilangnyanya pihak-pihak berwajib yang diberi tugas untuk membela nasib mereka Mengapa mereka hanya muncul memberi bantuan apabila krew Bersamamu membuat pendedahan.Bahkan krew-krew ini pula yang bertidak seperti pihak kebajikan masyarakat meredah lecak lumpur untuk ke pedalaman mencari insan bernasib malang.Pihak berwajib pula hanya sekadar menunggu kedatangan mereka di pejabat yang serba lengkap untuk memohon bantuan.
Tatkala krew Bersamamu membuat liputan baru ketika itulah bantuan mencurah-curah datang seolah-olah selama ini mereka hanya menutup mata tanpa mengambil peduli apa yang berlaku disekitar mereka.Begitu juga halnya,kemanakah menghilangnya wakil rakyat-wakil rakyat yang diundi,atau mereka hanya muncul bersama bantuan dan janji apabila musim pilihanraya menjelang.Adakah ini contoh pemimpin?Jadi diharap agar hasil tulisan saya ini dapat dipanjangkan kepada mana-mana pihak supaya kita dapat menilai semula tahap perkhidmatan pihak berkuasa di Malaysia.
Sekian terima kasih.
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Khamis, November 22, 2007 0 comments
pada kategori: Keluhan rasa
Sehari Lembu di Bandar
Cuaca hari ini tidak panas dan tidak pula sejuk,suam-suam kopi kata orang.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Lembu:wah,cuaca nampak baik jek,kalau aku pergi bandar melawat sedara
aku kat bandar tu elok jugak rasanya.
Dikisahkan ceritanya,maka berjalanlah lembu tersebut menuju ke bandar yang terletak tak jauh sangat tapi jauh jugak la kalau jalan kaki.
Maka dipendekkan ceritanya,sampailah lembu tersebut ke tempat sedara lembunya(takkan manusia kot).Melihatkan saudara selembunya yang kelihatan resah gelisah,sedara si lembu bertanya.
Sedara lembu:mung ni bakpo eh lembu?aku tengok sejak pade mung sapa
serupo ore ado bisul jah,tak sene dudok jah,acu cerito mari kat
ambo nih.
Lembu:Aku bukan ape,sebenarnya,dalam perjalanan tadi aku terserempak ngan
satu makhluk nie.Aku tengok punya tengok rupa macam ader kaum kiter,
cuma yang bezanya beliau berdiri dua kaki.
Sedara lembu:Aih sah binate pelik tuh!ambo sediri tok rajin jupo lembu lagu tu.
Lembu:aku tak abis citer lagi,mule-mule aku ingatkan manusia,tapi aku nak
pastikan,jadik aku ushar ar lagi,hidung cucuk dua tiga,aih takkan
manusia cucuk hidung,aku tengok lagi,bulu atas kepala dia kaler oren,
bertambahlah sket keyakinan aku,jadik aku ushar lagi,tanpa segan silu
makhluk tu pegang tangan pastu meraba sana sini sekor lagi
makhluk macam dia.Sah memang kaum kerabat kiter la tu.
Sedara Lembu:pahtu?mung buat gapo?tak oyak hai ko?
Lembu:cadangnya macam tu la..nak la jugak aku bertegur sape kan,tapi
baru nak tanya khabar ko tau aper jadik?
Sedara lembu:mung ni betol la,mano la aku tau kalu mung tak cerito,ngong la
menate lembu nih..!
Lembu:ya tak ya jugak ek?ah sambung,tetiba jek aku rase nak terkucil,cam
biase la kan lembu,aku pun melepas la.
Sedara lembu;ho..gitu..lepah tuh..?
Lembu:makhluk tu pun jerit kat aku,”celaka lembu,mengganggu aku nak
bermadu asmara jek,bodo punyer lembu,tak tau malu betul,patut la
lembu!!”lalu pemuda itu pun berlalu meninggalkan aku.
Sedara lembu:ish ish ish,tak patok sunggoh dio bwak gitu..
Lembu:aku tak kisah sangat dia nak tengking aku,yang aku hangin nih bile dia
hina kaum sendiri,memang lembu luper daratan tol la,dah la hina kaum
sendiri pastu siap baling botol kat bontot aku,tu yang aku tak senang
duduk nih..
Sedara lembu:ooh..gitu ceritonyo..meme tak patut sunggoh la sedaro kito buat
gitu,kito sebagai kaum lembu ni keno jago keharmonie antaro
lembu nih.Walaupun sedaro kito tu tak se ngaku lembu,mu jange
bimbe,sebab aku tengok ramai doh manusio hok nak jadi lembu
nih.jadi mu jange bimbe pasal populasi kito.Berapo rama manusio
hok aku tengok tak dok sifat malu,sapa aku hok lembu ni pun raso
malu nga demo.Mujo tak dok lembu hok jadi menteri jah,kalu tidok
aku raso kita boleh buat persatue sendiri doh.
Lembu:lepas ko cakap camtu,lega sket hati aku,maybe election taun depan aku
Undi ko kot jadik PM.!
Maka berderailah ketawa(walaupun yang kedengran hanyalah lenguhan)lembu bersaudara itu.Jadik pengajarannya,baikilah mayarakat kita kalau tidak mahu lembu menguasai parlimen suatu hari nanti.Tamat.
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Khamis, November 22, 2007 1 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Sabtu, 17 November 2007
Entry: KISAH SEORANG LELAKI DGN PEREMPUAN... Monday, March 07, 2005
Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman. But, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol ape ye?? Ana pasti anda juga tahu maksudnye. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. So, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.
Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak same sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang nie lebih afdal.
Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat umah. Lebih selamat.
Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi. Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, huqum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul
roaring rant: AbEsA pada Sabtu, November 17, 2007 0 comments
pada kategori: Kaunseling dai'e
Khamis, 8 November 2007
Beberapa minggu lepas ana ada berkunjung ke sebuah pasar malam berdekatan kampung ana,sempena cuti sekolah yang menjelang terdetik di hati untuk pulang ke kampung,ana fikir keadaan pasti lebih baik dari kota di tempat ana belajar.Jangkaan ana rupanya meleset sama sekali,di pasar malam itu ana lihat anak-anak muda berpeleseran bersama teman mereka,berjalan ke sana ke mari tanpa arah tujuan.Mereka barangkali tidak sedar ada pandangan yang menjengkelkan memerhati,tapi yang ana hairan ke mana perginya ibu bapa mereka,bukankah masa muda dan umur sihat yang dikurnia sebegitu adalah lebih elok kiranya dimanfaatkan sebaiknya.
Adakah ini menunjukkan betapa kegagalan generasi ibu bapa di negeri serambi mekah abad ke-21 dalam menunaikan amanah yang dipertangggungjawabkan oleh Raja segala raja.Tidakkah mereka lupa yang diakhirat kelak mereka akan disoal tentang amanah yang ditangggung.Itu belum lagi dikira dosa yang ditanggung kerana mengabaikan pendidikan ukhrawi yang sepatutnya diterapkan kepada ‘pelapis-pelapis’ yang asyik hanyut dengan arus modenisasi lalu tenggelam dalam kejahilan mereka,dan lebih menghairankan,ketika mereka mula mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari badai maksiat kemana pula menghilang kapal-kapal tarbiyah dan pelampung dakwah islamiah yang dapat membawa mereka kembali ke pelabuhan islam,sedangkan anak-anak kapal musuh begitu tegar mencari mangsa-mangsa yang kelemasan, walaupun mangsa-mangsa ini yang datang dari bangsa sendiri terapung di depan mata di lautan kejahilan.Sewaktu pasukan penyelamat akidah leka dengan pelbagai jenis gerakan tajdid yang mula membanjiri semenanjung iman umat islam,ketika inilah pasukan komando dan tentera laut syaitan gigih menempuh badai dan ribut mencari ‘mangsa-mangsa’.Mana yang lemah imannya dengan mudah diangkut ‘penyelamat’ mereka ke negeri mungkar.Tapi mengapa pula dipersalahkan mereka,bukankah sepatutnya yang lebih patut dipersalahkan adalah diri kita sendiri yang seringkali menghilang tatkala mereka memerlukan bahkan kita mencemuh tatkala melintasi sekumpulan anak muda yang berpeleseran.Sabda rasulullah s.a.w.’barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya(kuasanya),dan jika dia tidak mampu hendaklah mencegah dengan lisannya,dan jika dia tidak mampu hendaklah mencegah dengan hatinya,sesungguhnya itu dalah selemah-lemah iman’.Bukankah sudah jelas nyata supaya amar makruf nahi munkar itu diwajibkan keatas semua umat manusia yang memegang title muslim tidak kira umur atau jantina.Bukannya yang disaran supaya mencemuh.
Perlu diingat dunia ini ibarat pentas lakonan,manusia itulah pelakonnya.tidak hairanlah jika ditemukan ramai pelakon berbakat yang tidak popular di lakon layar tapi mutunya lebih hebat dari pemenang Oscar.Al-quran dan as sunnah menjadi skrip lakonan tetapi kerana merasakan skrip itu tidak cocok dengan gaya lakonannya maka sebahagian ‘pelakon’ ini terus dengan acuan dan gayanya,tidak kurang cuba mencabar kewajaran ‘ia’ dijadikan ‘skrip’ malah lebih teruk ada yang cuba meniru dan mengubah skrip yang di garap-Nya walaupun telah dipatenkan dan dijamin oleh penulisnya.semoga di hari penganugerahan di akhirat nanti mereka hanya sekadar membawa trofi neraka bersama pengurus syaitan yang tidak pernah jemu untuk menghasut,bahkan barangkali jika ada kategori pelakon pembantu terbaik syaitanlah yang terlebih layak menerimanya.
Dalam keghairahan sesetengah golongan di Malaysia untuk mengejar gaya hidup barat kita lihat berapa ramai yang akhirnya tewas di tangan tentera syaitan dalam jihad memerangi mereka.Berbekalkan nafsu,senjata paling ampuh didunia,kita tewas,tidakkah terdetik rasa malu kerana kita gagal dalam mempertahankan title sebaik-baik kejadian.lihat saja artis di Malaysia yang namanya Islam namun Islamnya hanya tinggal nama.Kita asyik mencemuh Yahudi sebagai musuh islam namun apakah yang pernah kita lakukan untuk anak-anak Palestin,bahkan kita terus-terusan membekalkan bahan api kepada kapal kapal mereka yang dengan megah membelah lautan darah rakyat palestin.sedarkah sebenarnya selagi kita menyokong barangan mereka,selagi itulah lautan darah itu tidak akan kering. rakyat palestin gigih menentang yahudi walaupun mereka tahu mereka tidak berdaya namun walaupun dengan hanya berbekalkan seketul batu mereka berjaya memepertahankan al-aqsa tapi persoalannya sampai bila?
Mengapa kita lebih rela ke konsert yang menampilkan artis ternama daripada menghadiri forum-forum agama,adakah dengan nyanyian mereka itu yang menjadi soalan munkar nakir,mengapa ayat-ayat suci gagal dihafal namun lirik lagu tak pernah gagal?penguatkuasa agama pula asyik mencegah penzina di hotel-hotel namun mereka yang zina mata tak pernah diambil tindakan?ana rasa mungkin ada yang tidak setuju tapi inilah manusia,tidak pernah senang dengan kebenaran yang cuba ditegakkan jika melanggar kemahuan mereka.Begitu juga kita asyik membicarakan tentang kegemilangan tamadun Islam dahulu-kala,kita mengagumi kehebatan ilmuwan Islam yang menjadi pioneer dalam bidang masing-masing,kita berasa kagum dengan mereka,namun setakat mana sajalah kekaguman kita itu?Setakat di pameran-pameran maupun rencana atau dokumentari sahajalah jawabnya.Kita terlalu asyik disogokkan dengan kehebatan Islam pada zaman dahulu sedangkan tidak ada langkah intensif atau proaktif untuk mengubah masyarakat kearah menjadi sebagaimana yang pernah disebut dalam tafsir al Qurtubi yang menyebut para sahabat yang sezaman dengan Rasulullah sebagai generasi Al-Quran.
Akhirnya,umat Islam di Malaysia khususnya,kehebatan agama dan al-quran itu hanya terkandung dalam khayalan mereka,kita mengagumi Saidina Umar yang berjaya menumbangkan empayar Parsi,Ibn Sina yang berjaya membuka mata ilmuwan barat mengenai ilmu perubatan,namun,kehebatan mereka hanya berada dalam imaginasi kita.Tidak ramai yang benar-benar berupaya untuk menzahirkan apa yang terkandung dalam kotak imaginasi.Akhirnya umat Islam hanya menjadi penceduk kepada budaya barat.Mengapa umat Islam yang memiliki lebih 70 peratus sumber tenaga dunia tidak mampu menjadi kuasa ekonomi dunia,sedangkan negara-negara lain pula yang menjadi model negara maju.Allah yang maha pemurah menganugerahkan sumber bumi kepada umat Islam,masalahnya kita yang tidak tahu untuk bersyukur dengan segala kurniaan tuhan.Kita lalai,kita tidak menggunakan tenaga itu untuk kemaslahatan ummah.Kenapa ?kerana kita tidak berupaya lantaran kejahilan dalam ilmu sains dan teknologi menghalang umat Islam untuk maju kehadapan.
Pemikiran jumud yang menggambarkan Islam ini hanyalah di masjid-masjid dan ketika majlis-majlis keraian atau kematian inilah yang harus dipolish dari minda umat Islam.Pemikiran yang ulama’ itu hanyalah guru-guru fiqh itu tidak seharusnya ada dalam otak umat Islam.Jadi untuk melihat kebangkitan umat Islam, ilmu dan agama seharusnya menjadi keutamaan dan semua pihak seharusnya menyumbang kearah itu sebagaimana kata seorang ulama’ supaya memprofesionalkan ulama’ dan mengulama’kan golongan profesional.Wallahua’lam.
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Assadulkalantani.blogspot.com
Faesal_islamicstudent@yahoo.com.my
20 Batu Lada,
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”
roaring rant: AbEsA pada Khamis, November 08, 2007 0 comments
pada kategori: Keluhan rasa

