Saya berjalan-jalan di sekitar pantai di sebuah pusat peranginan di Hawaii suatu hari. Saya pun lupa apa namanya temtap itu. Berjalan di tepi pantai, sambil melihat ombak yang setia mengejar pasir, membuatkan saya seperti ingin bertanya. Apakah yang membuatkan kalian begitu setia. belajarlah dari manusia seperti kami, yang sekian hari menukar ganti hati. Bertandanglah ke tasik atau sungai wahai sang ombak, di situ kalain akan temui sesuatu yang lebih baik dari pantai yang kaku.
saya berjalan lagi, kali ini melihat seekor lembu di atas bangku, entah lembu itu batu atau kayu, saya kira itu bukan persoalan. tetapi apa yang harus dipuji, saya melihat ada seorang tua, Roosevelt W. Bush mungkin namanya, bagaimana saya tahu? Entah, tapi seakannya nama itu bermain-main dalam cepu kepala, tiba-tiba terilham. Ah, baik sungguh anda, berkongsi buku (ilmu) dengan seekor lembu. Mungkin dia terlupa tentang anak bangsanya (melayu, cina, india, iban atau apa sahaja) atau dia terlalu baik hati kerana,
"kera di hutan disusui"
tidak mengapa, mungkin nanti lembu-lembu itu akan menolongnya kemudian hari.
Ah, saya temui lagi seekor lembu, lembu ini mahu berdemonstrasi. Katanya kerajaan pimpinan Albopictus itu korup. Jadi perlu dibuat reformasi. Tapi, setahu saya Albopictus itu nama genus nyamuk. entahlah dunia kini semakin aneh bukan.
Tap yang menjadi tanda tanya, kerajaan albopictus yang menang dalam pilihan raya umum lalu itu menang secara majoriti. Makanya, mandat kerajaan itu diberi secara langsung dan rela hati oleh seluruh rakyat negara ini. Jadi tentulah kerajaan ini pilihan rakyat.
Jadi apa cerita dengan lembu-lembu yang sakan berdemonstrasi? Sedangkan apabila saya memikirkan kembali, lembu-lembu yang galak mahu berdemonstrasi atas alasan demokrasi itu hanyalah sekelompok kecil warga kandang yang tidak berpuas hati dengan layanan tuannya.
Maka, untuk apa merombak kerajaan yang disokong oleh seluruh warga kandang hanya untuk menurut kehendak sebahagian kecil lembu-lembu yang bermasalah? Kasihan dengan Albopictus yang memerintah kandang itu.
Lagi saya temui seekor lembu, sedang saya berehat-rehat di tepian pantai, sewaktu mengikuti Hari Keluarga MPR (siapa-siapa tolong ambil perhatian cadangan saya) di Hawaii itu. Tiba-tiba laut berkocak.
Ada seekor lembu yang sempat saya rakamkan dengan kamera Finepix j10 saya sedang meluncur air laut yang bergelora dengan seekor ikan lumba-lumba.
Ini satu lagi kes lembu yang tidak sedar diri, Tuhan menciptakan kalian untuk hidup di atas daratan. Maka hiduplah dengan aman di kandang. Nikmatilah sebaiknya kemudahan yang diberikan. Bukan sibuk mahu berdemonstrasi untuk menuntut hak yang entah apa-apa. (Hak kononnya)
Andai kalian mahu melenguh secara bebas di JALAN, cuba fikirkan kembali, di dalam kandang itu banyak lagi haiwan lain. Andai mahu diluluskan untuk melenguh di jalan-jalan, maka harus difikirkan juga, nyamuk, cicak, pacat dan banyak lagi haiwan lain yang memang telah lama menetap di borneo tapi kerana mereka minoriti, mereka tidak pula meminta hak yang bukan-bukan. Walhal mereka yang terlebih layak sepatutnya.
saya berjalan lagi sekitar pantai, kelihatan abang Azree arffn dan Azree MH sedang membakar ayam. Kak Hanie dan kakak-kakak mantan MPR yang lain girang bercanda di tepi pantai.
Tapi lensa saya lebih terarah ke langit. Ada lembu yang terbang.
AH! kalian fikirkan sendiri sahaja konotasinya....
Puisi dan Peribadi
4 tahun yang lalu
1 comments:
Abesa,
lawa lembu,
haha.
Catat Ulasan