Powered By Blogger

Selasa, 30 Disember 2008

MPR o8: Kembara diri

Mulanya,

Minggu Penulis Remaja (MPR). Saat pertama kali saya mendengar perkataan MPR, bagaikan ada suatu perasaan yang terus menarik saya untuk mengenali dengan lebih dekat entiti (jika saya dapat menamakan ia sesuatu yang maujud) serta insan-insan yang bersamanya. Selama saya mengikuti perkembangan MPR secara tidak langsung melalui hebahan media timbul pula minat yang lahir dari rangsangan setelah melihat kejayaan mantannya dalam lapangan sastera.
Saya terdorong untuk menulis sedikit demi sedikit, tetapi kebanyakan karya (andai selayaknya dinamakan ‘karya’) saya diperam sahaja di rumah. Pada tahun 2008, saya cuba untuk menulis secara serius (saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk mentafsir perkataan itu sejauh mana) dan sajak pertama saya yang dibuat secara ‘hentam-hentam’ tersiar di sebuah majalah tempatan.

Atas kapasiti itu saya mula menilai kembali diri saya serta ‘bakat’ yang ada. Dan segalanya seperti serba menjadi tahun ini (2008). Saya secara tidak sengaja ‘termaklum’ tentang permohonan MPR, tergerak hati untuk mencuba nasib (meski dengan harapan yang menggunung tinggi).

Satu hari, Puan Zety menghubungi saya yang permohonan saya diterima. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya. Seminggu (seingat saya) kemudian surat dari DBP tiba ke halaman rumah (sekarang surat itu hilang entah kemana).

Jiwa kacau,

Sepanjang mengikuti MPR, terlalu banyak kenangan manis yang terlakar yang saya kira tidak mampu dilarik dengan tinta. Terutama kenangan bersama Pak Leh, Che Din, Che Lan (terima kasih atas pengangkutan dari dan ke stesen bas), Kak Zety dan Kak Nurul (Yon? Terima kasih untuk teh ais di gerai mamak berbulu!) sewaktu menunggu peserta lain tiba pada pagi jumaat itu.

Sesuatu yang janggal kepada saya apabila diperkenalkan dengan barisan pembimbing bengkel, abang Saiful dan kak Nas saya kira tiada masalah cuma apabila disebut abang Im dan abang Sham. Sepertinya saya melihat sekawan lembu yang berterbangan, keanehan menguasai diri. Rahimidin Zahari sepertinya layak saya panggil ‘pak cik’. Samsudin Othman yang dahulunya saya mesra dengan panggilan cikgu (sewaktu di alam shah) tiba-tiba ‘dikerah’ supaya dipanggil abang (?).

Namun di atas itu semua, yang paling menggembirakan hati saya. Nyata saya tidak berseorangan selama ini. Dahulu, jika saya berjalan-jalan di pekan atau mana-mana sahaja, memerhati dan cuba menyelami kehidupan setiap subjek yang dilihat pada mata kasar saya, yang kemudian membuahkan fikiran-fikiran aneh tentang masyarakat membuatkan saya merasa diri ini pelik, bercakap dengan diri sendiri sewaktu berjalan (atau merenung seseorang yang duduk di seberang jalan hingga dia menafsir saya berniat jahat terhadapnya, atau bercakap dengan orang yang ditemui dalam LRT).

Keanehan ini makin menjadi-jadi apabila saya memiliki kamera sendiri, pernah orang melihat dengan memicingkan mata (mungkin mereka fikir saya gila) apabila berjalan di sekitar Kuala Krai dengan kamera Finepix J10 di tangan, mengambil gambar di tengah-tengah jalan dan sebagainya. Menghentam orang atas alasan ‘poetic licence’.
Sebaik memasuki gerbang keluarga besar MPR yang kini genap 22 tahun, saya tahu yang ‘keluarga’ ini juga begitu (walau tidak sekronik saya). Rupa-rupanya ramai lagi yang mentafsir masyarakat seperti saya ( baca: cuba). Bagi saya itulah yang menyatukan mantan MPR semua, kerana keanehan jiwa itulah, walau bagaimana rupanya sekalipun yang mengikat kita.

Akhirnya,

Sepanjang mengikuti MPR, gelaran ‘peserta’ itu seperti tidak membawa rasa kepada saya. Saya kira apabila digelar ‘mantan’ MPR, disitulah datang sihirnya, yang mendatangkan suatu perasaan aneh dalam jiwa yang mendengar. Juga kerana gelaran ‘mantan’ MPR seperti membawa lesen besar kepada karya yang dihasilkan. Namun disitulah juga adanya tanggungjawab untuk memastikan karya yang dihasilkan setara dengan gelaran ‘mantan’ itu. Terutama selepas seminggu di’bengkel’kan oleh mantan MPR sendiri (kecuali abang Saiful).
Legasi MPR akan terus berjalan dalam arus masa yang digerakkan hukum Allah s.w.t. sambil saya akan terus berpayung dibawahnya.

Al-Qalam:1, “...demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan..)

jam 12 disebuah kota

JAM 12 DI SEBUAH KOTA


(Satu)
Jam lewat jarumnya
Angka dua belas
Sejuk bilik hotel
Mencengkam
Tingkap bilik meruwap
Mungkin dari hangatnya
Malam kota

Dari kejauhan
Nyali nyala bintang
Dinafikan sinar bunga api
Sorak sorai penghuni kota
Menodai sepi malamnya

Aku masih di bilik
Menanti teman dalam gebarku
Merai tahun baru

(Dua)
Jam angkanya
12 malam
Di bawah sinar neon
Dengan pakaian seksi
Aku berdiri menanti
Bertemankan
Tiang sunyi dan mentol sepi

Sekumpulan orang(-orang)
Di tengah padang menyanyi
Sambil menonton bunga api

Malam ini ke hotel
“siapa, kamar berapa, jam berapa?”
Lewat-lewat begini (jam 2 belas)
Masih
ada juga yang
Kegersangan belai
manja

Manusia kota!
Aneh sungguh kalian

Mingguan Malaysia

28/12/2008

Sabtu, 27 Disember 2008

Jiwa kacau: Manusia bukan(kah?) lembu

Saya berjalan-jalan di sekitar pantai di sebuah pusat peranginan di Hawaii suatu hari. Saya pun lupa apa namanya temtap itu. Berjalan di tepi pantai, sambil melihat ombak yang setia mengejar pasir, membuatkan saya seperti ingin bertanya. Apakah yang membuatkan kalian begitu setia. belajarlah dari manusia seperti kami, yang sekian hari menukar ganti hati. Bertandanglah ke tasik atau sungai wahai sang ombak, di situ kalain akan temui sesuatu yang lebih baik dari pantai yang kaku.

saya berjalan lagi, kali ini melihat seekor lembu di atas bangku, entah lembu itu batu atau kayu, saya kira itu bukan persoalan. tetapi apa yang harus dipuji, saya melihat ada seorang tua, Roosevelt W. Bush mungkin namanya, bagaimana saya tahu? Entah, tapi seakannya nama itu bermain-main dalam cepu kepala, tiba-tiba terilham. Ah, baik sungguh anda, berkongsi buku (ilmu) dengan seekor lembu. Mungkin dia terlupa tentang anak bangsanya (melayu, cina, india, iban atau apa sahaja) atau dia terlalu baik hati kerana,

"kera di hutan disusui"

tidak mengapa, mungkin nanti lembu-lembu itu akan menolongnya kemudian hari.



Ah, saya temui lagi seekor lembu, lembu ini mahu berdemonstrasi. Katanya kerajaan pimpinan Albopictus itu korup. Jadi perlu dibuat reformasi. Tapi, setahu saya Albopictus itu nama genus nyamuk. entahlah dunia kini semakin aneh bukan.

Tap yang menjadi tanda tanya, kerajaan albopictus yang menang dalam pilihan raya umum lalu itu menang secara majoriti. Makanya, mandat kerajaan itu diberi secara langsung dan rela hati oleh seluruh rakyat negara ini. Jadi tentulah kerajaan ini pilihan rakyat.

Jadi apa cerita dengan lembu-lembu yang sakan berdemonstrasi? Sedangkan apabila saya memikirkan kembali, lembu-lembu yang galak mahu berdemonstrasi atas alasan demokrasi itu hanyalah sekelompok kecil warga kandang yang tidak berpuas hati dengan layanan tuannya.

Maka, untuk apa merombak kerajaan yang disokong oleh seluruh warga kandang hanya untuk menurut kehendak sebahagian kecil lembu-lembu yang bermasalah? Kasihan dengan Albopictus yang memerintah kandang itu.

Lagi saya temui seekor lembu, sedang saya berehat-rehat di tepian pantai, sewaktu mengikuti Hari Keluarga MPR (siapa-siapa tolong ambil perhatian cadangan saya) di Hawaii itu. Tiba-tiba laut berkocak.

Ada seekor lembu yang sempat saya rakamkan dengan kamera Finepix j10 saya sedang meluncur air laut yang bergelora dengan seekor ikan lumba-lumba.

Ini satu lagi kes lembu yang tidak sedar diri, Tuhan menciptakan kalian untuk hidup di atas daratan. Maka hiduplah dengan aman di kandang. Nikmatilah sebaiknya kemudahan yang diberikan. Bukan sibuk mahu berdemonstrasi untuk menuntut hak yang entah apa-apa. (Hak kononnya)

Andai kalian mahu melenguh secara bebas di JALAN, cuba fikirkan kembali, di dalam kandang itu banyak lagi haiwan lain. Andai mahu diluluskan untuk melenguh di jalan-jalan, maka harus difikirkan juga, nyamuk, cicak, pacat dan banyak lagi haiwan lain yang memang telah lama menetap di borneo tapi kerana mereka minoriti, mereka tidak pula meminta hak yang bukan-bukan. Walhal mereka yang terlebih layak sepatutnya.




saya berjalan lagi sekitar pantai, kelihatan abang Azree arffn dan Azree MH sedang membakar ayam. Kak Hanie dan kakak-kakak mantan MPR yang lain girang bercanda di tepi pantai.

Tapi lensa saya lebih terarah ke langit. Ada lembu yang terbang.

AH! kalian fikirkan sendiri sahaja konotasinya....









Lembu ini sudah pandai membaca nampaknya, bahaya nanti ditakluk negara manusia.




(Bagus, nyahlah kalian dari muka bumi. Ingat, raya korban nanti akan menjelang lagi.)
Kemudian dari siri kejadian tadi, membuatkan saya terfikir, adakah saya berpijak di dunia yang nyata. Atau itu semua hanya khayalan saya? Entah, yang pasti manusia itu bukan lembu. (Bukan kah?)

Selasa, 23 Disember 2008

kenangan MPR

(saya memang berbakat dalam fotografi, ehem ehem.... bukan nak bangga, tapi lihat hasilnya, ehem ehem, ni gambar yang ditangkap sewaktu kumpulan saya beraktiviti luar di central market, setiap orang dikerah untuk menyelami kehidupan masyarakat kota dan menerbitkan sesuatu daripadanya, nasib baik saya bawa kamera, banyak membantu, dan saya terilham untuk sebuah cerpen baharu, mungkin cerpan atau cerkon, tunggu sahajalah nanti)


(dari kiri, kak wahyuna, ain, kak Nas, kak Zu, kak Nabila, kak Shidah (brutal), dan ehem ehem....)

(sesi penilaian karya yang dihasilkan sepanjang mpr, kata abang saiful, "abang nampak kekuatan faisal pada cerpen, kritikan sosial...cerpen ni baik, tapi jangan cepat berpuas hati..." antara kata-kata dari seorang abang yang kiranya membuatkan hati saya berbunga. Manakan tidak, semua cerpen yang dihasilkan sebelum MPR dihentam habis-habisan dengan fasi, tambah-tambah sesi dengan kak Nas, disebalik mukanya yang ayu ada bota ganas rupanya yang tak tersampai oleh mata kami. Kak Shidah kena hentam sebab cerpen dia tidak memuskan hati abang saiful, "tak payah tulis cerpen la, tulis puisi je". Kebetulan cerpen saya berkisar mengenai pelacur, maka banyaklah topik-topik panas yang terhambur dariu mulut abang Saiful dan lelucon itu bersipongang dalam cepu kepala saya dua tiga hari.)



(kak Nurul, rupa-rupanya akak ni mantan o7, feeewwwiiiit)



(dalam perjalanan ke central market, entah apa yang kelakar sangat, sambil mata-mata kota memerhati kami...)
bersambung....



Khamis, 18 Disember 2008

Mpr o8 (satu)

(apalah yang aku nak tulis ni? kamera, duduk kena gaya manusia jiwa kacau)

Ada satu hari semasa MPR, kami peserta diminta membuat sebuah cerpen dan tiga buah puisi. Abang Im (Rahimidin Zahari) dengan gaya bercakap yang bagi saya seperti beralun-alun nadanya seperti suara ombak yang membelai pantai jiwa saya. Jiwa kacau, itulah perkataan yang popular saya kira dalam kalangan kami. entah lelucon apa kiranya namun Dewan Cempaka akan riuh dengan tawa setiap kali perkataan itu menerjah cepu kepala. (bersambung)

Rabu, 10 Disember 2008

Marah seorang penyair

Yang hilang dalam setiap larik tinta

Ke alam dalam jiwa

Suatu daerah baru yang bernama sabar

Mengikat waras fikir akal

Dari duduknya yang menggila

Kembali reda

Faisal Muhammad MZ
22:18
16/10/08

alam diri


jauh berkelana telah aku

dalam daerah sepi

pada negeri sunyi

alam ini metah aneh

musafir akal memandu aku

melewati jalan mimpi

serta lorong khayal

pesan musafir itu andai sesat

carilah arah hati

nanti dihujung jalan ada kepastian

keanehan alam ini makin menenggelamkan

aku bicara pada musafir akal

katanya alam ini tidak kekal

hanya pinjam-pinjaman

lalu aku mentafsir diri

dan berkelana kembali

dipandu musafir akal

di alam dalam diri

Rabu, 3 Disember 2008

Perginya seekor teman…

Saya dan hari-hari yang berlalu, hari-hari ini seperti juga hari-hari sebelumnya. Esok, lusa, tulat, ataupun apa sahaja namanya bahkan akan turut sama. Seperti saya dan hari-hari yang berlalu. Seorang teman bertanya, kepada seorang lagi teman saya, yang kian tenggelam dalam kegilaan jiwa, “apa pendapatmu?”
“tentang apa kiranya”
“tentang kita”
“maksudmu?” Saya memerhati sahaja gelagat teman-teman saya. Saya meladeni jiwa lagi. Kadang-kadang saya turun ke tebing sungai. Bermain dengan angin yang berpuput mengelus lembut rambut saya. Belalang pun berlagu rimba dengan cengkerik, walau saya kurang mengerti apa yang mahu disampaikan dari lagu itu,
“tok soh lah wey, aku tok pehe baghe gapo mung nok ghoyak,”

Air sungai Kelantan mengalir tenang, mahu sahaja saya menegurnya, ah biarkan dahulu. Mungkin sahaja dia sibuk menunda segala macam sampah sarap masyarakat hulu, juga kayu kayan yang besarnya sepemeluk. Atau mungkin juga saya boleh bertanya kepada ikan-ikan di dasarnya. Apa khabar kalian kiranya, masihkah seperti dahulu juga. Riang meragut rumput tebing bila sahaja saya memanggil. Tidak perlu ditambat seperti lembu, kerana si udang pasti mencemburui kalian. Saya mahu ketawa mengenangkan hari-hari itu,yang berlalu tanpa meninggalkan sepalit pun warna kusam pada kanvas langit biru yang ceria melatari lanskap.

Saya berpaling kepada teman-teman seketika. Masih juga mereka dengan bicara tadi. Neurosis apa yang kalian timbulkan. Ada-ada sahaja teman-teman saya.

Sekarang saya mahu bercerita pada kalian pula,walaupun apa yang ingin saya utarakan bukanlah sebuah cerita sebenarnya. Seperti juga apabila seorang teman saya menghadapi masalah, saya dan teman-teman yang lain akan berkata,
“cuba cerita apa halnya?” begitulah juga sifirnya, walaupun masalah teman saya itu bukanlah sebuah cerita, but when it comes to people like us, we tend to see the problem(s) as a story, no matter why. Just like when Janet de Neefe wrote her cookbook, althought it is not a cookbook, particularly. It is more to render her experience getting her cooking school in Bali. This notion of seeing things as ‘cerita’is very much interesting.

It seems that when we visualize things around us as ‘cerita’ of it’s own, all the things seems to loom meaningful than it was before. Still can’t get it? Just give a chance for yourself to cogitate the life facts, that we are living in a planet of living things. You will apprehend sooner or later what I mean. Just like what ahmad deedat said, words are the tools wherewith we convey our messages, thought or concept. As I am living in hamlet by the bank of Kelantan’s river. It does influenced on how I think about life. Appreciating nature, because this mother of life has very much that we can emulate. Pave the way for inner you.

Ramai yang bertanya kepada saya, siapa teman-teman. Maka jawapan saya mereka itulah teman-teman. Bagaimana mereka, itulah wujudnya mereka.

Sedang saya memandang jauh ke tengah sungai Kelantan. Seorang teman saya membawa berita dari wilayah sunyi, dalam negeri sepi. Seekor teman telah meninggalkan alam fana. Ya, fana. Sesuatu yang tidak kekal. Jadi sepertinya kata teman itu, haruskah kita bertepuk gembira? Kerana teman yang telah meninggalkan dunia yang FANA ini telah sahaja berjaya lari dari selaut godaannya.

Kata saya, jangan kiranya. Atau kamu saya campak ke tengah sungai kelantan. Ketika itu mintalah bantuan kepada wakil rakyat dari PAS, UMNO, DAP, PKR atau apa sahaja yang selama ini kalian canangkan. Biar tenggelam lemas sekali bersama segala sampah yang ditunda. Sampah kalian juga bukan?

Teman saya senyap dan sunyi. Seolahnya mulut terkunci, lidah terikat, suara di tahan.

Teman yang meninggal itu seekor lalat. Benar, dan saya tiada pernah bergurau pada hal yang memerlukan kita pada kewarasan tinggi. Seperti selalu, saya mahu mengajak yang membaca untuk berfikir semula.

Lalat itu juga makhluk tuhan benar? Mana mungkin lalat itu tercipta secara tidak sengaja selepas peristiwa big bang. Seperti kata Harun Yahya, andai sebuah kipas dibuat daripada besi, plastik dan beberapa warna lain.

Try this, gather all the materials in a bucket, and wait for three days. Walla! Now you will have brand new fan out of the materials, scrap metal, piece of plastic and etc.

Nonsense! But that is what all the Darwinians claimed to be. It’s all the process of evolution of life, evolution my FOOT! Bring this example up to them. See what are they going to say.

Andai kata seekor lalat di takdirkan tuhan (in this context ALLAH s.w.t of course). Pernahkah anda terfikir apa yang mungkin sekali akan diluahkan oleh lalat ini.

Melalui pengalaman saya hidup dalam kalangan teman-teman yang kadangnya ada yang beranggapan dirinya lalat, serta beberapa siri pertemuan dengan lalat di tebing sungai kelantan. Saya telah merumus beberapa perkara.

Lalat mungkin sekali menjadi seorang motivator yang paling berjaya saya kira. Bayangkan lalat akan memberi nasihat kepada setiap orang yang berputus asa. Bahawa hidup ini akan terlebih indah andai kita berfikir seperti seekor lalat.

Seperti nyamuk yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan penyakit malaria, denggi, atau virus nipah atau juga penyakit kaki gajah. Sebenarnya nyamuk tidak pernah meminta untuk menjadi agen penyebar penyakit. Lebih kerana tuhan telah menciptakannya dalam keadaan yang sedemikian rupa. Apalah daya seekor lalat juga untuk menafikan yang tuhan telah menciptakannya untuk mendiami sampah.

Seperti juga kita sering menyelar pendatang asing, sedangkan dalam masa yang sama kita merungut andai ekonomi negara merosot kerana kekurangan tenaga buruh.

Lalat tiadalah pernah merungut kerana tuhan menciptakannya sedemikian rupa. Bertanyalah pada setiap lalat yang anda jumpa kalau tidak percaya.

Bahkan lalat itu telah menjadi serangga yang paling reda dengan ketentuannya. Lalat juga tidak pernah mengendahkan segala macam cemuhan masyarakat terhadap dirinya. Apabila kita mengasosiasikan lalat itu dengan busuk. Pernahkah kita melihat lalat itu membawa rajuk bersama dirinya ke daerah sunyi?

Lalat juga tidak pernah kisah walaupun dia tidak mengenal siapa ibu dan bapanya, atau menangisi nasibnya yang yatim piatu.

Lalat juga serangga yang paling amanah saya kira. Apabila tuhan memberi tanggungjawab kepada lalat untuk menyerikan suasana sampah. Maka itulah yang dilakukannya saban hari.

Lihat pula manusia, SHAME ON YOU! Apabila tuhan menciptakan kita sebagai hambanya, berapa ramai pula yang sedar akan tugas ‘perHAMBAan’ itu. Bahkan lebih ramai pula yang lupa.

Lalat tidak mengenal erti rasuah, dengki, atau tipu menipu dalam perniagaan. Lalat hidup dalam dunianya yang tersendiri. Bebas dari segala kemelut diri.

Kagum saya pada teman lalat saya tidaklah pada setakat itu sahaja. Bahkan tuhan pernah mencabar kafirs (plural form??? Just like what sheikh yusuf estes said) untuk mencipta seekor lalat.

Tetapi hari ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seekor teman saya itu. Menangislah atas pemergian seekor lalat.

Berfikirlah dengan akal pada setiap kejadian kehidupan. Seperti kata saya, setiap dari kejadian itu punya cerita mereka. Lihatlah lalat bukan sekadar seekor lalat.

Indah bukan hidup ini? (andai kata ada laporan manusia mahu menjadi lalat, jangan cari saya ya...err)